"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Wednesday, 31 July 2013

Baju raya tak beli lagi..

Lebih kurang seminggu lagi nak raya.tapi...aku masih lagi takde baju raya..waaaa...!!

Aku rasa Ramadhan tahun ni adalah Ramadhan yang PALING busy buat aku.asal weekend je mesti takde kat rumah.1st weekend - balik rumah mak aku, 2nd weekend - balik rumah MIL, 3rd weekend - balik rumah mak aku (sebab nak amik kueh raya utk MIL & babysitter), and InsyaAllah 4th weekend ni nak balik rumah MIL pulak.so bila la masanya nak berbuka kat rumah sendiri???memang tak la jawapnye..huhu..dan yang paling menyedihkan, tak dapat berbuka sama2 dengan hubby..maksud aku, berbuka 2 orang je..waaa..!! rindu saat2 berbuka sama2 masa dulu2 (eh, banyak pulak perkataan berganda.hehe)..

Berbeza betul tahun2 lepas dengan tahun ni.biasanya sebelum puasa, aku dah beli at least sepasang baju raya.tapi tahun ni tak berkesempatan nak beli awal2.last week masa kat rumah mak aku, sempat la jugak beli baju raya si tecik tu kat Jusco.baju kemeja hubby pun dah beli kat Parkson.so tinggal baju aku sorang je la yang tak beli2 lagi ni.aku ingat nak ajak hubby gi shopping hari Ahad ni.tu pun kalau MIL bagi la.kang kecik hati pulak sebab berbuka sehari je kat rumah dia.adoii..pening2..so tunggu je la hari Ahad ni yer..sekian..

:)

Saturday, 20 July 2013

4 bulan..

Hari ni my baby genap 4 bulan..20 Mac 2013 - 20 July 2013..

Hasya's development:
- dah pandai meniarap. pantang baring sket mesti cepat golek & meniarap.
- pegang barang masuk dalam mulut.
- ngences! makin teruk sekarang ni.
- kurang menangis kuat2.merengek je kalau nak susu or tido.
- suka tengok kartun Tom & Jerry.
- dah kurang melalak time Maghrib.bagi susu terus tido.
- suka borak2 dengan daddy.bila ngan aku kurang sket boraknye.nape tah..hihi..








Opps..cekci lak gambar last ni..hehe..semoga anak mummy & daddy ni membesar bagai juara!! amin..

Friday, 19 July 2013

10 Ramadhan..

Cepatnye masa berlalu.tau2 je dah 10 Ramadhan..Alhamdulillah.aku masih lagi puasa penuh! ngeee.....

Hari rabu lepas dapat berita yang tak best.hubby kena keja malam sampai nak dekat raya nanti.ermm..nampaknya aku terpaksa la sahur & berbuka sorang2.huhu.sedey! kena tunggu weekend baru dapat berbuka sama2.kalau dah sorang2 tu maksudnya pukul 8 lebih la aku dapat berbuka.ye la, nak tidokan si tecik tu dulu & solat Maghrib then baru la dapat berbuka dengan tenangnya.hehe..

Oh yer.minggu ni turn berbuka kat rumah MIL.harap2 semuanya ok la.bukan ape, selalunya bila balik rumah MIL mesti ada bangkit 1 isu.pastu gaduh2.bermasam muka.tak suka2..eh2..bukan aku yang gaduh ngan MIL ok..maksud aku, kakak ipar & hubby aku ler.tiap2 tahun mesti ada 'drama'..adoiyai..letih aku tengok.bak kata hubby, dah macam slot Samarinda kat TV3 tu dah ha..hehehe..

Ok la.setakat tu je cerita aku.ada masa cerita lagi..




Thursday, 11 July 2013

Cipta sejarah!!

Hari ni aku sahur pukul 3 pagi!!

Haha..tak pernah2 bangun sahur seawal tu.pagi tadi si tecik bambam tu tetiba pulak terjaga pukul 2 lebih.selalunya kalau dia terjaga mesti merengek sebab nak susu tapi aku tengok elok je dia tak nangis.mata kemain bulat pandang sekeliling.cari mummy la tu.tak nampak agaknye sebab bilik tu gelap sikit.comel je.mata dah la membulat & besar.ha, confirm la tu ajak main.so aku pun bangkit & letak dia depan tv.sementara mood dia tgh ok tu aku baik aku bersahur.nanti takde la kelam kabut..menu sahur aku hari ni: nasi + ayam masak sos tiram + milo mix ESP + susu coklat..dalam pukul 4 kitorang tido balik.then agak2 nak azan subuh tu aku bangun jap makan kurma & minum air masak pastu tido balik sampai pukul 6..so tu la cerita sahur aku hari ni.nice experience.nanti bila Hasya dah besar nak citer kat dia pasal ni..erk!! hehe..

** cepatla hari Sabtu.nak berbuka bersama hubby & family.yahooo..!! mode: counting days..

Wednesday, 10 July 2013

1st Ramadhan..

Alhamdulillah..masih lagi diberi kesempatan untuk bertemu dgn Ramadhan tahun ni..

Aku ingat lagi tahun lepas.masa 1st Ramadhan, aku baru 2 or 3 minggu pregnant.mabuk teruk.masa sahur ok je makan tapi 5 minit lepas tu terus muntah balik apa yang aku makan.huhu.mula-mula aku berkeras jugak nak puasa tapi bila pergi check-up, doc cakap baby tak membesar & berat badan aku pun turun.so nak tak nak terpaksa la aku tak puasa selama beberapa hari..

Ha, tu citer tahun lepas.tahun ni pulak dah ada si tecik bambam tu.fuhhh..lagi la mencabar.dia ni pulak jenis yang bangun pukul 4 or 5 pagi.clash la dgn waktu sahur.bangun pagi tadi tetiba pulak die nangis & merengek2.actually since malam tadi macam tu.aku perasan die tak nyenyak tido.sikit2 terjaga.so pagi tadi meragam la sebab tak cukup tido.hubby dah la takde, keje..sudahnya aku hanya bersahurkan roti 2 keping & air horlick secawan je pagi tadi.pasrah je la..hehe..

Apa-apa pun aku harap dapat puasa full tahun ni coz period aku tak kunjung tiba since bersalin bulan Mac aritu..ngehngehngeh..