Panduan bahawa bayi anda sudah bersedia untuk solid food:
- Mempunyai berat badan yang 2 kali ganda dari waktu dilahirkan - Berat lahir 3kg. sebelum raya timbang 5.6kg. So rasanya sekarang ni berat dia dah 6kg means 2x ganda dari berat lahir. Pass.
- Kalau kita makan, dengan khusyuknya baby kita tengok makanan yang sedia terhidang kat atas meja. - Bukan setakat tengok dengan khusyuk tapi siap meleleh2 air liur keluar. Pass.
- Memasukkan jari di dalam mulut mereka, kekadang lebih dari satu jari - Yang ni memang tiap2 hari buat sampai basah lencun bajunya. Pass.
- Setiap kali diacah dgn tangan ataupun sudu pasti dia akan membuka mulut (nganga) - Hasya ni advance sikit. Tangan & sudu dah biasa sangat. Bila bagi air kotak, dia akan aim straw dan masuk dalam mulut dan terus jilat. Pass.
- Kebolehan menggerakkan lidah atas dan bawah. Pass.
- Mencuba untuk mencapai sudu, pinggan, mangkuk dan sebagainya - Semua benda nak dicapainya dan masuk mulut. Pass.
Ha, nampak tak dia dah lulus semua ujian tu. Tapi kan, bila difikir2 balik keburukan bagi baby makan solid food terlalu awal, terus kami pendamkan je niat tu.
Kesan apabila memberi solid food terlalu awal kepada baby:
- Menyebabkan bayi kurang menyusu kerana kekenyangan
- Sistem penghadaman dan ginjal belum matang; enzim penghadaman belum bersedia
- Bayi boleh terdedah kepada risiko jangkitan, alahan, dan diarhea.