"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Thursday 20 March 2014

Happy birthday princess... :)

Happy birthday my dear daughter Putri Hasya Sofea..!!!

Alhamdulillah dah setahun anak mummy & daddy nih. Semoga membesar dengan baik, sihat sentiasa, mendengar kata mummy & daddy, jadi anak yang solehah dan semoga cepat2 jalan. Hihihi..

Cepat je masa berlalu. Tetiba lak aku rasa sebak. Sob. Sob. Mana taknye, bukan senang nak dapatkan si tecik ni. Usia perkahwinan ku 1 tahun 2 bulan baru la aku dapat result UPT positif. Macam2 usaha aku & suami buat. Tu belum masuk bab mengandung sampai la melahirkan si tecik ni. Pelbagai dugaan aku tempuh. Syukur Alhamdulillah Allah beri kami pinjaman ini.

Sebenarnya kan.. dah lama aku nak share pasal pengalaman aku bersalin si tecik ni tapi asyik tertangguh je. Malas nak menaip. Haha. Untuk pengetahuan semua, tujuan aku nak share ni bukannya ada niat apa2, cuma hanya untuk flashback memori aku je. Semenjak bersalin ni, aku memang jadi pelupa sikit. Eh bukan sikit tapi BANYAKKKKK ok. So baik aku tulis dalam blog. Boleh ingat balik nanti. Hehe..

Suatu ketika dahulu di bulan Mac tahun 2013..............

4 Mac 2013 (Isnin)
Aku dah mula cuti bersalin..eh2 belum masanya nak bersalin lagi tapi memang aku sengaja apply cuti awal sebab tak larat nak drive ulang alik pergi keje. Baby asyik mengeras je time aku drive. Sakit tau. Kena menghadap jam lagi. Plus hubby risau akan keselamatan diriku ini mane la tau tengah2 drive tetiba rasa nak bersalin pulak kan. Tak ke haru??

6 Mac 2013 (Rabu)
Aku balik rumah mak aku. Drive sorang2 dari Klang ke Seremban sebab hubby keje. Alhamdulillah selamat sampai..On the way balik rumah mak, aku singgah kat Klinik Desa area rumah mak aku untuk check-up baby 39 weeks. Aku ingat lagi masa tu pukul 10 pagi. Aku budget ramai la umat manusia yang nak check-up macam kat KKIA Botanik tu tapi rupa-rupanya hanya beberapa ketul je manusia di situ. Dah tu cepat la pulak turn aku. X sampai ½ jam dah settle semuanya. Nurse cakap baby tak enganged lagi. Maka aku beranggapan bahawa aku lambat lagi nak bersalin. Nurse setkan appointment lagi seminggu iaitu next Rabu (13 Mac 2013). Itu pun kalau tak bersalin lagi la.

6 Mac 2013 ~ 12 Mac 2013 (Rabu ~ Selasa)
Ke’boring’an duduk kat rumah mak. Aktiviti aku masa tu adalah makan, makan, makan, dan tido. Adik aku pulak ada kat rumah sebab praktikal. So tiap2 kali dia balik kerja, ada je makanan yang dia beli. Heaven..

13 Mac 2013 (Rabu)
Masih tak bersalin lagi. Maka haruslah ke Klinik Desa (KD) untuk check-up 40 weeks. Kali ni hubby yang temankan. Dia ambil EL. Hehe. After simple routine check-up, nurse KD suruh pergi KKIA Rasah untuk jumpa doctor sebab dah due. Disebabkan dah 40 minggu, doktor kat KKIA terus check bukaan rahim. First time kena seluk. Sakit giler ok. Diorang cakap bukaan dah 1 cm dan contraction pun kerap. So tak pasal2kena admit hospital hari tu jugak. Nasib baik dah standby barang2 dalam kereta.

Sebelum masuk wad, aku kena ‘screening’ dulu. Maksudnya, doctor kat Screening Room tu akan periksa latar belakang pregnancy aku berpandukan Buku Pink. Lepas tu, kena seluk lagi. Arghh… sakit. Doc cakap bukaan 1cm. So memang kena masuk wad la. Nervous betul aku masa on the way ke wad. Last aku masuk wad masa darjah 6 iaitu masa aku berumur 12 tahun sebab accident. Sekarang umur aku dah 28 tahun. Dah 16 tahun. Huhu.. Lepas registration, hubby bawak barang2 aku ke katil. Masa ni pukul 3 lebih macam tu. So hubby tak boleh lama2 sebab bukan waktu melawat. Tak tau la kenapa hati aku rasa sayu bila hubby kena keluar, tinggalkan aku sorang2 kat sini. *tahpape kan* padahal pukul 4.30 hubby datang balik.hahaha..

14 Mac 2013 (Khamis)
Pagi2 aku dah kena beratur sebab nak check bukaan rahim. Keputusannya ialah 0 bukaan! Haha. Takde bukaan langsung. Doktor kat KKIA & Screening Room tu salah check!! False Labour actually. Contraction pun tipu semata2. Pandai baby ni main2 kan perasaan mummy eh. Doktor bagi masa sampai Isnin depan. Kalau tak bersalin2 gak, nak tak nak kena la induce. Dalam hati aku berharap sangat2 cepatlah baby keluar sebelum Isnin depan.

18 Mac 2013 (Isnin)
Ok. Aku masih tak bersalin2 lagi. Sob2. Nape la baby ni suka sangat dok dalam tummy mummy nih. Maka terpaksa la aku serah diri kat hospital. Kali ni abang aku yang hantar sebab hubby kerja. Tak boleh cuti. Mane taknye dah seminggu lebih dia cuti. Katanya boring duduk rumah sorang2 plus rindukan aku. Amboi..Aku sengaja pergi hospital lambat2. Pukul 2 baru serah diri. Haha. Perasaan aku masa tu berdebar2 je. Takut sangat2. Ye la nak induce kan. Org ckp sakitnya berganda2 berbanding sakit bersalin normal. Lagipun doc bagitau kalau sampai masuk ubat ke 3 tak berjaya gak, terpakse la c-zer. Phew.. Hari tu doc hanya monitor contraction guna CTG. Setiap beberapa jam mesti kena pasang CTG. Seingat aku sampai ke pukul 3 pagi nurse kejutkan aku suruh buat CTG. Ngantuk.

19 Mac 2013 (Selasa)
Seawal pukul 7 pagi doc panggil sebab nak masuk ubat untuk induce. Eh.. takde la sakit sangat pun. Doc pesan jangan banyak gerak lepas ubat tu dimasukkan. Aku pun berehat2 je la kat atas katil sambil2 baca magazine sampai la waktu melawat. Hari ni sedih sangat2 tau sebab takde sape yang dtg melawat aku. Hubby masih kerja. Sob2. Pukul 2 ptg doc panggil lagi untuk check bukaan. Baru 2 cm. Contraction pun takde sgt. Doc ckp kalau tak berjaya, esoknya masuk ubat ke 2 pulak..ala..takmo la. Baby..cepatla keluar..rintihku *drama sangat ok* TAPI bila dah pukul 4 ptg baru mula rasa contraction. Sakit tapi aku masih boleh tahan lagi. Petang tu abang & kakak iparku dating melawat. Diorang cakap muka aku macam sedih je dok sorang2 padahal masa tu aku tengah tahan sakit contraction! Mild contraction tu berlanjutan sampai ke malam.Tapi aku masih lagi boleh solat Maghrib. Dalam pukul 10 lebih, sakitnya makin berganda2. Aku dah mula tak senang duduk. Konon2 nak tido la tapi tak boleh! Mengerang2 aku bila sakit tu datang. Aish..tak boleh jadi ni. Dalam pukul 11 lebih aku terus jumpa nurse. Doc check bukaan. Dah 5 cm!! hah?? Cepatnya..Aku sms hubby bagitau bukaan dah 5 cm tapi tak sempat nak tgk dia reply, nurse dah suruh aku siap2 untuk pergi labour room. Wuuu…

20 Mac 2013 (Rabu)
Pukul 12 lebih, aku dah ada kat labour room. Masa ni ada sorang mummy yang tengah struggle ‘push’ nak deliver. Betul2 kat bilik depan aku. Actually bukan bilik pun, sebab tempat tu tertutup dgn hanya 1 divider je. Sesambil layan contraction yang semakin kuat tu, aku dengar jelas jeritan mummy tu. Kesian dia. Susah sangat nak ‘push’. Doc siap marah2 dia lagi sebab takut baby lemas. Antara dialog doc yg aku dengar “Awak tak sayang anak awak ke? Dah nampak kepala ni. Awk tak boleh putus asa. Kesian kat anak awak. Push lagi. Cepat push!!” Alamak.. aku yang dengar ni terus cuak. Ape la nasib aku nanti. Entah2 lagi teruk dari tu. Huhu.

Aku harap sangat cepat la bukaan 10 cm. Dah tak tahan sakit dah ni. Aku rasa macam baby dah nak keluar, hujung2 je ni. Sementara tu, doc dan 2,3 orang (aku tak sure apa position dorang) monitor heartbeat baby & CTG. Masa ni jugak air ketuban aku dipecahkan. Diorang cakap air ketuban aku kotor. Ye. Aku sendiri tengok memang kotor, kekuningan.  Mulut aku tak lekang menyebut ‘Lailahaillah antasubhanakainnikuntuminazzalimin’. Tak pernah seumur hidup aku rasa sakit macam ni. Dalam hati aku berdoa ‘Ya Allah. Kurangkanlah kesakitan ini. Tak sanggup nak tanggung lagi dah’. Dan entah macam mana mulut aku ni celupar, tak sengaja cakap camni ‘Kalau c-zer kan senang. 'Tak payah tanggung sakit giler macam ni’. Tiba2..doc yang monitor CTG tu cakap hearbeat baby makin laju. Baby stress. Kena keluarkan baby cepat takut baby tak dapat diselamatkan. Memandangkan bukaan masa tu baru 5-6 cm, doc advise aku untuk C-ZER! hah?? Aku masih blur2 masa doc cakap macam tu. Aku tak dapat fikir apa2. Tambahan pulak keadaan aku yang lemah disebabkan contraction tu, aku betul2 blur! 

Lepas siap semua procedure untuk pembedahan, aku dibawa naik ke tingkat atas (tak pasti tingkat berapa). Masa nak keluar dari labour room, aku nampak hubby tengah duduk dan pandang je kat aku. Aku jadi sebak. Rasa nak nangis. Tapi yang peliknya, kenapa hubby buat macam tak tau je?? After hubby cerita baru aku tau. Rupa-rupanya masa aku keluar dari labour room tu, muka aku pucat sangat2. Hubby aku ingatkan orang lain. Muka aku betul2 lain. Macam orang cina sebab putih pucat. Nurse tu tanya "Tu isteri awak ke?". Hubby jawab "Eh tak la. Bukan.."  Waaaa...Sampai hati hubby tak kenal isterinya ini. Huhu. Dah masuk dalam lif baru hubby perasan & jerit "Eh eh..tu isteri saya tu. Nak bawak gi mana?" Agak sengal di situ.. hehe..

Sebelum pembedahan, aku diberi suntikan epidural kat tulang belakang. Fungsinya sama macam bius. Separuh badan dari pinggang ke bawah rasa kebas. Maknanya masa operate tu aku sedar la. Siap boleh dengar lagi doc tu belah perut aku. Scary kan? Haha. Lepas beberapa minit,  Alhamdulillah  pembedahan dah settle.

20 Mac 2013 bersamaan 8 Jamadiawal 1434H jam 3.17 pagi maka lahirlah anakku yang tercinta (2 tahun menunggu si tecik ni tau)..Masa doc tarik baby keluar, aku dengar semua orang kat situ ketawa kecil  & bisik2 sesama sendiri. Aku pun tak pasti kenapa diorang ketawa. Lepas beberapa saat, baru la dengar suara si tecik tu menangis. Aku tarik nafas lega. Lega sangat2. Tak sabar aku nak tengok & dukung anak aku. Tapi malangnya doc cakap "Puan, saya kena bawak anak puan ke wad SCN sebab dikhuatiri anak puan ada jangkitan kuman"  Aku hanya mampu mengangguk lemah. Mata aku pun dah makin memberat. Tak tau la sebab bius atau aku memang mengantuk memandangkan since petang tak tido dek contraction tu. Hehe..

Keluar dari operation room aku nampak hubby aku kat luar. Dia terus pergi kat aku. Nampak lega sangat muka dia. Hehe. Aku tanya "Perempuan ke?"  Hubby angguk. Ye la doc tak cakap pun jantina anak aku. Manalah aku tau boy or girl. Yer..memang ada scan masa preggy dulu & it is a girl tapi tak nak la percaya 100% dengan scan tu. Hehe. Lepas tu aku terus dihantar ke wad. Tertidur selama beberapa jam.

Sedar2 dah tengah hari. Hubby, mak & MIL dan kawan MIL datang melawat tengah hari tu. Terkejut betul aku bila tengok MIL aku datang melawat. Jauh tu. Tak sabo lettew tengok cucunya. Kehkeh.. Tapi nak buat macam mana, bukan rezeki. Semua orang tak dapat tengok baby sebab wad SCN tu hanya parents baby je yang boleh masuk. Aku pun tak dapat tengok baby aku sebab wheelchair dah abis orang guna. Sedey tau. Hubby ambil gambar guna henpon aku. Dari henpon je la aku pertama kali menatap wajah anak aku. Sebak. Hari kedua baru dapat jumpa face to face & menyusukan si tecik tu.

Sekian.. tamatlah cerita.. :) :)

Hasya - 1st day
Kesian wayar berselirat :-(
Hasya - 2nd day
Masa ni mummy dtg nak menyusukan dia tp dia wat dono je tido..

Pesanan : Hargailah ibu anda selagi masih bernyawa.

1 comment:

  1. Alahaii..comelnyaa dia dok letak tangan kat atas tu..semoga terus membesar menajdi anak yang solehah dan bijak ye sayang..

    ReplyDelete