"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Tuesday, 7 January 2014

Puree labu..

Hai.. Selamat hari Selasa.. Pagi ni hujan mencurah2. Sejuk je. Mood nak keje pun ke laut. Hihi.

Malam tadi kan.. Aku try resepi baru untuk si tecik tu. Puree yang simple dan mudah sangat2. Yang paling penting SEDAP. Seriously memang sedap. Lagi satu, tak ambil masa berjam2 untuk sediakannya. Puree ni aku namakan PUREE LABU BILIS. Hahaha. Hentam sajalah labu..

Bahan-bahan:
1. Labu 1/4 biji
2. Ikan bilis senggenggam
3. Bawang putih 1 ulas
4. Bawan merah 2 biji
5. Olive oil

Cara-cara:
1. Hiris bawang putih & bawang merah. Goreng sehingga garing sedikit tapi takde la sampai hangus yer puan2.. hehe
2. Goreng ikan bilis. Agak2 dah kekuningan angkat ler.
3. Rebus labu sehingga empuk.
4. Blendkan labu, bawang & ikan bilis yang dah digoreng tadi.
5. Siap!!

Haaaa.. Simple kan?? Hari2 makan bubur boring gak. So sebab tu la aku selang2 dengan puree. Si tecik pun sukaaa sangat2.

Puree labu bilis untuk bekalan di rumah bs

Yummy..!!


Friday, 3 January 2014

Tahun baru..

Salam Jumaat...

Alhamdulillah...dah masuk tahun baru. Semoga rezeki kami sekeluarga bertambah, diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan sepanjang tahun 2014 ni. Amin..

Azam baru aku tahun ni ada satu je iaitu.................

SABAR.

Sabar dengan karenah anak, suami, MIL, bos, orang2 yang annoying dan sebagainya.

:) :) :)

Friday, 20 December 2013

9 bulan sudahhh..

Assalammualaikum. Salam Jumaat..

Hari ni 20hb. Means genaplah si tecik tuh 9 bulan. Terima kasih Ya Allah di atas pinjaman Mu ini. InsyaAllah aku akan menjaga amanahMu ini dengan sebaik-baiknya. 

Sebulan yang lepas, aku risau sangat2 sebab Hasya tak reti mengengsot ke depan. Err..imagine macam askar menghendap tuh. Tapi yang askar tu ke depan, yang dia ni pulak ke belakang. Bila dia meniarap mesti tolak2 badan ke belakang je. Kalau dia nak ambil something yang ada kat depan dia, dia akan golek & pusing-pusingkan badan dia sampai la dapat capai benda tu. Kesian betul aku tengok. Penat tuh. Hahaha. 

Actually aku takde la risau sangat dia tak pandai ke depan apatah lagi merangkak tapi bila PAED cakap "Risiko baby yang low HB ialah perkembangan dia MUNGKIN akan slow sedikit" Erkkk..!! Aku pun mula la gelabah. Tapi nak buat macam mana kan. Takkan la aku nak paksa2 dia merangkak. So, redha je la. Lagipun babysitter Hasya cakap anak2 dia semua macam gitu, tak merangkak tau2 je dah pandai jalan. So aku assume Hasya pun macam tu gak la. Saje je nak sedapkan hati. Hihi.

Tapi kannnnnn..tup..tup.. last week.. tetiba je Hasya pandai mengengsot ke depan, merangkak, duduk sendiri & memanjat!! Ha..hamikk kau. Dalam satu hari pandai semua benda. Subhanallah. Patutlah dia lambat sikit rupanya nak buat semua sekaligus. Hehe. Mula2 dia meniarap pastu mengengsot ke depan, angkat punggung, tangan slow2 menapak ke depan. Pastu bila dah penat dia pusingkan badan, parking punggung dan duduk. Hahahahaha. Detail sungguh aku cerita. Mana tak nye, aku perhati je dia buat satu persatu sampai lupa nak masak okayyy. Leka betul aku menengoknya. Adehh..

Haaa.. bila dah pandai semua tuh aku pulak yang naik risau. Tak boleh tinggal even letak dia kat bawah. Laju je merangkak gi kat dapur la, masuk bilik la. Pastu kejap2 memanjat sofa. Adehh.. Ade sekali tuh, aku tinggalkan dia main2 kat depan tv & aku pergi dapur jap nak masak. Aku jenguk dari dapur tengok dia tengah main2. Aku pun teruskan la memasak. After 15 minit, aku jenguh lagi sekali tengok2 dia dah hilang. Gelabah wehh.. Cari punya cari rupanya dia kat dalam bilik sambil buat muka tak bersalah. Hahaha Sabo je la.

Sekarang ni aku dan hubby memang kena sentiasa aware. Tengah tido pun dia boleh bergolek jatuh katil apatah lagi bila dia tengah main2. Lagi la kena perhati betul2. Kang tak pasal2 makan semut la, cabut plug TV la, menyorok bawah meja makan la, koyak2 tisu sampai sepah la, panjat2 TV & bakul baju la dan macam2 lagi la. Err.. actually semua tu dia pernah buat. Huhuhu..


Friday, 13 December 2013

Sakit mata..

Setelah seminggu sakit mata, Alhamdulillah hari ni dah beransur pulih. Mata pun dah tak merah dan berair. Cuma kabur sikit.

Dah 2 kali aku kena sakit mata ni. First time kena masa praktikal kat HKL. Tahun 2007. Sekarang ni tahun 2013 kena balik. Tapi kali ni tak seteruk yang dulu. Kalau dulu sampai tak boleh bukak mata. Kalau tunduk sikit pun rasa macam nak terkeluar biji mata!! Tapi tu la, sekejap je kena dalam 3 hari macam tuh dah baik. Kali ni pulak tak berapa sakit tapi ambil masa nak pulih. Ditambah dengan demam panas. Perghh.. memang betul2 tak larat.

Mula asalnya Hasya yang kena sakit mata dulu. Aku ingat lagi 3  minggu lepas masa ambil dari rumah babysitter. Mata sebelah kiri dia merah2. Then esoknya dua2 belah mata merah2. Tapi aku tak terus bawak klinik. Esoknya  baru gi klinik sebab dia bad mood je. Merengek sepanjang hari. Semua pun tak kena. Doktor bagi 1 ubat gatal & 2 ubat titis. Ubat titis tu kena letak setiap 2 jam. Perghhhh.. seksa  gilerr nak titis dalam mata dia tapi Alhamdulillah la esoknya (ESOKKK lagikk!!! haha) mata dia dah ok.

Pastu kan, tetiba pulak berjangkit kat daddy. Kesian dia. Dah la first time kena then teruk pulak tu. Dah 2 minggu lebih tak elok2 lagi. Actually aku kena ni pun sebab jangkit dari dia la ni. Grrrrrr.. Sekarang ni mata aku dah ok sikit tapi mata dia tak ok2 lagi. Double kesian. Hehe.. Harap2 minggu ni sembuh la penyakit mata dia tuh. Tak sanggup aku tengok mata merah2 macam tuh.

Pssttt...lagi seminggu Hasya nak masuk 9 bulan. Ok. Takde kaitan. Bai bai. :P


Tuesday, 10 December 2013

Rindu Pengubat Luka..


Bila aku dengar je lagu ni mesti teringat masa dalam pantang dulu. Petang2 selalu layan satu drama kat TV3 tu (dah lupe apa tajuknya). Lagu ni jadik OST. Sekarang ni banyak kali pulak mainkan kat radio. Dah tak pasal2 aku rindu masa pantang dulu. Erkkk..


Sering kali ku terkenang saat kau tersenyum
Lalu memandang ku
Tapi, kini pabila kau tiada di sisi
Ku terdampar layu, beralunan sepi
Melayang-layang dihembus bayumu

Tak ku ulangi kesilapan itu
Maafkan aku
Mengguris hatimu
Berilah ku ruang perbaiki diriku
Aku merayu kembali kepada ku
Rindu pengubat luka

Korus
Ku masih memerlukan belaian kasih
Dan tawa mesramu
Kau seretku ke dalam rongga hatimu
Salut kerinduan menggamit menusuk di kalbuku
Terangi hidupku dengan cahayamu

Tak ku ulangi kesilapan itu
Maafkan aku
Mengguris hatimu
Berilah ku ruang perbaiki diriku
Aku merayu kembali kepada ku
Rindu pengubat luka

Walau ku dilupakan
Namun jangan kau lupakan detik bersama

Tak ku ulangi kesilapan itu
Maafkan aku
Mengguris hatimu
Berilah ku ruang perbaiki diriku
Aku merayu kembali kepada ku
Tak ku ulangi kesilapan itu
Maafkan aku
Mengguris hatimu
Berilah ku ruang perbaiki diriku
Aku merayu kembali kepada ku
Rindu pengubat luka

Wednesday, 4 December 2013

Homemade food for Hasya..

Hasya agak lambat start makan solid food. Dah 6 bulan lebih baru aku bagi makan. Then umur 7 bulan baru start makan bubur. First solid food aku introduce yang ready made je. Kesian anak mummy kena makan makanan macam tuh. Walaupun kat label tulis tak ada pewarna / perasa tambahan / pengawet tapi sebenarnya ada!! Huhu..

Sekarang ni no more ready made food! Semuanya mummy masak sendiri. Homemade. Lagipun seronok tau buat makanan baby ni. Nak2 kalau dia beria2 makan. Wahhhh.. rasa macam dia cakap "pandainya mummy masakk..!!" Haha. Padahal puree je pun. Steam & blend. Dah siap. Hahahahaha..

Setakat umur 8 bulan ni, dah macam2 resepi gak aku try kat Hasya. Masa mula2 dulu aku tak berapa pandai nak mix makanan dia. Sekarang ni dah pandai sikit. So aku dah tau la apa yang die suka dan ape yang die tak suka makan.

Puree
1) kentang
2) apple
3) avocado
4) keledek
5) pisang
6) carrot + kismis
7) kurma
8) kentang + brokoli + carrot
9) keledek + bayam

Bubur
1) Carrot
2) Kurma
3) Ikan bilis + kismis + carrot + cauliflower
4) Ikan bilis + kurma + cauliflower
5) Ikan bilis + kismis + bayam
6)  Ikan bilis + sawi
7) Ayam + carrot

So far favourite Hasya puree keledek, kentang + brokoli + carrot, keledek + bayam. Berselera sungguh kalau makan. Takde langsung buat muka2 pelik. Hahaha..


Monday, 25 November 2013

Saya giler camera..!!!


Ni la kesukaan Hasya. Nampak camera / handphone terus sengih2. Ala2 fotogenik gitu. Hahaha..  :) :) :)

Friday, 22 November 2013

8 months old...

Dah lama rasanya tak update perkembangan si tecik tuh. Alhamdulillah 2 hari lepas genaplah Hasya 8 bulan. Teringat masa pregnant 8 bulan. Hasya tendang2 perut mummy. Nak drive kereta pun tak senang. Kejap2 gerak ke kiri, kejap2 ke tengah perut. Tak reti duduk diam. Hehe. Rindu pulak nak mengandung lagi. Erkkk.. Ok. Abaikan. Hehe.


Disebabkan aku malas nak tulis panjang2, so aku listkan je la perkembangan Hasya setakat ni yer. Hehe.

~ Gigi dah 2 batang - On the way lagi 2 batang sebab bila rasa gusi kat atas tu macam keras. :)
~ Membebel2 - Kalau boring, bebelan akan jadi panjang & lama. :)
~ Tak suka makan puree buah & biskut - Bila bagi buat muka loya tapi kalau bagi bubur nasi kemain suka. Makan bubur 3x sehari pun takpe. :)
~ Suka bergolek2 - Aduhai. Ni yang paling aku lemah. Dah tak boleh biar dia main sendiri. Confirm bergolek jauh. Pernah jatuh katil sebab mummy tinggalkan dia 5 minit je. Huhu. Nasib baik takde pape. :)
~ Suka bila orang dukung - Means kalau orang nak dukung or ambil, dia hulur tangan je nak ikut tak kira sape2 pun. :)
~ Dah pandai nak gi jalan2 - Kalau nampak mummy or daddy siap2 mula la merengek2 nak mintak dukung. Takut kena tinggal. :)
~ Mengutip - Segala jenis barang/benda yang dia jumpa masa merayap mesti masuk mulut. Hari tu hampir2 makan semut!!
~ Dah tegap bila duduk.
~ Bila nampak camera / hp terus sengih2. 
~ Jerit2 panggil mummy bila mummy bizi kat dapur. Bila jengukkan kepala tengok dia, mula la dia jerit2 suka. Hahaha..
~ Suka jelir2 lidah.
~ Dah mula nak memanjat.
~ Tak pandai merangkak lagi. Kalau meniarap, asyik reverse je. Tak pernah ke depan. :)
~ Dah pandai pegang botol susu sendiri. 


Rasanya tu je la kot perkembangan budak mucuk masyam tuh. Next month aku update lagi hokay. :) :) :)


Bila si tecik demam..

Menjadi seorang ibu bukanlah mudah. Sentiasa hidup dalam kerisauan. Anak takmo menyusu - risau. Anak kembung - risau. Anak cirit birit - risau. Anak sembelit - risau. Anak tak nak makan - risau. Anak naik ruam2 kat badan - risau. Anak tak nak senyum - risau. Anak tak nak tido - risau. Anak demam - risau BERGANDA-GANDA.

Selama 7 bulan ++ inilah 1st time aku dilanda kerisauan tahap maximum iaitu bila si tecik demam. Tak pernah2 demam since lahir tetiba jek demam panas. Suhunya tinggi pulak tuh. 38 degree celcius ke atas. Allah je yang tau macam mana perasaan aku. Dah la tak ade pengalaman. Semuanya kelam kabut. Huhu..

Tapi Alhamdulillah... lepas 2 minggu demam (31/10/13 ~ 8/11/13)  on off, on off akhirnya anakku sihat walafiat. Syukur sangat2. Happy bila si tecik dah start jerit2 macam dulu. :) :) :)



Tuesday, 29 October 2013

Tragedi Oktober...

Wah2.. lama sungguh tak menulis.. Busy betul la lately.. Kerja menimbun2. Tau2 je dah sampai penghujung bulan October. Phewwwwww......

Uiks..banyak betul benda berlaku bulan October nih. Tapi aku highlight yang best2 je la eh. Hehe. Meh2 baca tragedi Oktober nih. Wink2..

~ First skali of course la pasal si tecik tuh. Kalau nak tau, si tecik tuh dah ada gigi..!! Yeayyyyy.. Mommy & Daddy are super duper excited. Actually aku tak perasan langsung bila gigi si tecik tu tumbuh. Al kisahnya.. masa hari ahad (13 Oktober) ari tuh hubby ajak gi ziarah kawan U dia. Rumah punye la dekat. 10 minit dah sampai tapi tak pernah gi rumah dia. Mane la taknya, sabtu ahad je mesti ada program. Tak menyempat nak ziarah. Kawan hubby ni ada anak sorang. Lelaki. Lama wehhhh duk nyembang kat rumah dia dalam 2 jam lebih gitu. Masa nak balik, tetiba wife kawan hubby cakap ngan anak dia "Eh Amsyar tengok.. Adik baby dah ada gigi la.." Masa aku dengar tu aku macam blur jap. Ye la bila masa pulak anak aku ni tetiba ada gigi?? Ingatkan wife dia salah tengok. Masuk je dalam kereta aku cepat2 check. Eh.. betul la....!!!!! Anakku dah ada gigi...!!!!! Hubby lagi kelakar. Boleh pulak dia berhentikan kereta kat tepi jalan semata2 nak tengok gigi anak! Hahahahaha.. Dahsyat..

~ Kakak aku telah selamat melahirkan puteri ke-4 nya pada 9 Oktober. Yer.. Perempuan lagi. So sekarang ni mak aku ada 5 orang cucu perempuan. Tak kisah la apa orang nak kata. Semua itu rezeki dari Allah. Muka baby tu sebijik macam abang iparku. Huhu. Eh, lupa pulak, nama anak buah aku tu Hannan Fasyahah. Ahad lepas (28 Oktober) baru sempat nak tengok baby tuh. Comel..!!

~ Hari Raya Haji jatuh pada 15 Oktober yakni hari Selasa. Aku tak dapat cuti sebab replace dengan cuti Chinese New Year awal tahun. Plan awal, hubby & si tecik balik rumah MIL & aku gi kerja. Tapi...... ada sesuatu yang berlaku. So terpaksa aku ambil EL. Inform office kereta rosak padahal ada hal lain. Haha. Nak cerita kat sini tapi panjang sangat la. Kesudahannya aku, hubby & si tecik duduk rumah sesaja. Tak gi mana2 pun. So sad..!

~ 23 Oktober dengan rasminya cik P telah menjengah buat kali ke-2 lepas bersalin dulu. Cycle kali ni agak panjang 35 hari. (Ni pun nak highlight gak ke) Haha..

~ Result darah. 30 Oktober iaitu esok aku ambil cuti. Nak pergi hospital untuk jumpa dengan pedratik. Bulan lepas si tecik tu ada ambil darah so sekarang ni nak tau la result darah dia macam mana. Harap2 takde problem. Eh lupa pulak. Actually si tecik ada masalah HB rendah since lahir lagi. Doc cakap berkemungkinan dia ikut darah aku. Ye la, aku kan HB rendah. Sebelum umur 6 bulan memang ada sisa2 darah ibu kat dalam badan baby. Lepas 6 bulan baru fully darah baby sendiri. Sebab tu la bila si tecik masuk 6 bulan kena check balik darah dia. Errr..faham tak? Kalau tak faham takpe la. Tunggu je la result nanti macam mana. Hehe..