"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Friday, 31 January 2025

31 January 2025

Assalamualaikum.

Fuhhhh.. lama betul tinggalkan blog ni. Bila baca balik blog ni terus mengimbau kenangan masa mula2 kawin dulu sbb rajin update pasal life, TTC, pregnancy, anak2 dan mcm2 lagi. Dulu rajin menulis sbb masa tu tgh aktif join forum. Blog ni umpama diari la kiranya. Tapi bagus jugak sebab aku ni makin pelupa mungkin faktor umur kot. So bila baca kat blog ni boleh la ingat balik waktu dulu2. 

So now setelah 8 tahun saja2 la nak update life sekarang ni supaya tak lupa nanti.

Alhamdulillah anak2 dah makin besar.
Hasbi Sufi - 9 tahun
Hasya Sofea - 12 tahun

Dua ketul ni sangat lah kuat gaduh. Pantang dekat sikit asyik gaduh je. Sehari tak terkira berapa kali gaduh. Aku & hubby sampai tak tau nak buat mcm mana dah. 

Walaupun kuat gaduh and memeningkan kepala mami & dedi tapi bila takde diorang ni rasa sunyi je rumah. So kita pasrah je la perangai kuat gaduh tu ye. Haha.

Btw aku dah pindah kerja dekat dengan rumah. So takde la ulang alik dari kapar ke kota kemuning. Alhamdulillah rezeki dapat office yang dekat dengan rumah. Kalau dulu kena drive 1 jam lebih tapi sekarang ni dalam 10 minit je dah sampai office. Syukur sangat2. Setelah 13 tahun aku kerja kat company yang sama akhirnya ada keberanian nak tukar kerja. Ingat tak laku dah ye la umur pun dah nak dekat 40 kot2 tak ada company yang nak hire ke haha. Aku resign masa bulan May 2023. Now dah nak masuk 2 tahun kat company baru.

Rasanya aku & family menetap je kat kapar ni since rumah pun beli kat sini. Rumah tu dah lama beli since 2018 tapi officially pindah tahun 2021. 

Alhamdulillah so far life is good. Hidup sederhana. Yang penting happy dengan anak2. 

Sekian. 

Kalau ada masa or teringat nanti boleh la update lagi. Haha.



Tuesday, 4 July 2017

Raya 2017

Assalammualaikum..

Selamat Hari Raya semua. Hari ni dah raya ke 10. Cepat je kan. Nanti tau2 dah habis Aidilfitri then tup2 bulan puasa semula. Phewww..

Raya tahun ni paling mencabar dan memenatkan! Penghujung Ramadhan, satu family aku tak sihat. Demam, selsema dan batuk. Si kakak tak demam tapi selsema teruk sangat. Mood memang la kelaut. Tak ada selera makan. Si adik pulak 2 hari sebelum raya dia demam panas. On off sampai la raya pertama. Nak tumbuh gigi agaknya. Cranky sepanjang hari. Nak berdukung dan melekap dengan mummy. Bila orang lain cuba nak dukung dia menangis macam histeria. Memang taknak langsung even dengan daddy. So aku jadi penat sangat-sangat. Dah la tak berapa nak sihat. Huhu.

Tahun ni turn beraya di rumah MIL. So aku memang stress tahap maximum. Yela dah la anak-anak tak sihat, then takkan la tak tolong MIL masak kan. Kalau kat rumah mak aku boleh la skip sebab mak aku faham. MIL pun tak berapa sihat. Kesian la pulak. Aku hanya tolong prepare bahan-bahan je selebihnya MIL dan SIL masak. Itu je yang aku termampu. Huhu.

Raya pertama, anak-anak moody. Kakak tak nak pakai baju raya. Adik macam biasa asyik berdukung. Dari pagi sampai la ke petang. Sepatutnya plan asal nak balik kampung hubby di Raub tengah hari, tapi bila tengok keadaan anak-anak macam tu, terus cancel. Gambar raya pun tak sempat nak ambil. Kakak tidur dari pukul 11 pagi sehingga 3 petang! Lama betul. Bangun je dari tidur, terus cari makan. Alhamdulillah dah recover. Adik pun asyik tidur. Macam tak bermaya. Petang tu tiba-tiba badan dia panas semula. Kami bawa ke klinik. Balik dari klinik, tiba-tiba pulak si adik sihat. Hurmmm. Dalam pukul 6 lebih, bila tengok anak-anak dah ok sedikit, terus plan balik Raub malam tu jugak.

Raya kedua, beraya rumah saudara mara di Raub. Kali ni adik memang meragam habis. Menangis, menangis dan menangis. Setiap rumah dia akan menangis. Nak mummy dukung. Maybe tak selesa sebab panas sangat maklumlah rumah kampung. Aku masih bertahan. Sabar, sabar dan sabar even dalam hati macam ada gunung berapi tunggu masa untuk meletus je. Huhu. Nasib baik la tak lama stay di kampung. Malam tu jugak balik semula ke rumah MIL.

Raya ketiga, tengah hari balik ke rumah mak aku di Seremban. Masa ni kakak dah fully recover tinggal batuk sikit je. Adik pun dah ok cuma masih lagi tak boleh berenggang dengan mummy. Melekap. Then bila sampai rumah mak aku, baru la adik nampak happy. Boleh la main-main dengan sepupunya. Mungkin kat sini dia kenal semua orang kot. Dapat la aku rehat kejap. Phewww.

Raya keempat, ada family day di Segamat iaitu family side aku. Every year memang ada family day cuma tempat je berbeza ikut turn. Kat sini, adik sangat behave. Berlari sana sini. Main dengan sepupu-sepupu dia. Tak ada la asyik melekap dengan mummy 24 jam. Yang penting dia nak dukung dengan semua orang. Ramai kakak sepupu yang melayan. Best la dia. Hihi. Di Segamat ni tak lama pun, dalam pukul 3 petang bertolak balik ke Seremban. Then around 7 malam selamat sampai di Seremban.

Raya kelima, masih berada di rumah mak aku. Adik beradik aku berkumpul semula sebab tahun ni adik beradik perempuan semua beraya di rumah mertua. So raya kelima baru dapat berjumpa. Mak aku masak juadah raya lagi. Sedap tak terkata. Hihi. Lepas Isyak, berkemas-kemas untuk balik ke rumah sendiri pulak. Home sweet home!!

Raya keenam, duduk rumah je. Rehat sepenuhnya. Anak-anak behave sangat-sangat. Adik dah tak mintak dukung. Leka main dengan kakak. Mungkin lebih selesa berada di rumah sendiri. Hubby awal pagi dah pergi rumah MIL sebab nak bantu sedikit preparation untuk rumah terbuka esoknya. Aku surrender awal-awal. Tak larat nak ke rumah MIL. Badan letih dan sakit kepala. Plan nak duduk rumah sambil laundry dan kemas rumah.

Raya ketujuh, pukul 8 pagi dah terpacak di rumah MIL. Haha. Actually MIL bukan lah buat rumah terbuka besar-besaran pun. Cuma makan-makan untuk family sebelah Raub sebab masa balik kampung hari tu ramai yang bertanya bila MIL aku nak buat makan-makan. So tak ada lah banyak sangat kena masak. Menunya mee kurma, bihun goreng, ubi rebus dan sambal bilis, sandwich, sate dan tembikai. Sepatutnya majlis bermula lepas Zohor tapi sehingga lepas Asar tak ada sorang pun muncul. Semua tak dapat datang. Huhu. So MIL pun jemput kawan-kawannya datang. Aku pula jemput sorang kawan aku yang stay area rumah MIL. Baru la meriah sedikit. Then pukul 8 malam, ada la sorang sepupu dari Raub datang. Diikuti dengan kakak MIL satu family. Lastly, mak cik hubby side Raub pun sampai. Tu je tetamu yang datang. Jadilah. Hahaha. Malam tu jugak kitorang balik rumah. So penat.

Raya kelapan, rehat. Petang bawa anak-anak pergi jalan-jalan kejap ke Tesco sambil beli groceries. Macam biasa anak-anak beli mainan. Malamnya preparation untuk anak-anak ke rumah babysitter dan mummy pergi kerja.

So, habislah cerita seminggu beraya 2017. Gambar raya tak ada. Sekian. Haha.


Wednesday, 24 May 2017

Ubat

Assalammualaikum

Sejak seminggu lepas, anak-anak kurang sihat. Mula-mula Sofea demam. Sebenarnya dah setahun Sofea tak demam. Last dia demam masa umur belum masuk 3 tahun lagi, iaitu bulan Jan 2016. Sekarang dah bulan Mei 2017. Agak lama jugak kan?. Alhamdulillah, esoknya suhu dah dah kembali normal tapi tiba-tiba Sufi pulak demam. Bergilir-gilir. Si adik pun sama, sehari je demam tapi aku bawa juga la dia ke klinik sebab takut melarat especially bila di rumah babysitter. So standby je la ubat. Alhamdulillah, esoknya Sufi dah tak demam. Pelik kan demam sehari je. Hurmmm..

Actually aku memang jenis tak biasakan anak-anak dengan ubat. Kalau setakat dedar atau hampir-hampir nak demam, aku hanya 'sponging' secara kerap, pakaikan pakaian yang nipis dan bagi minum air banyak-banyak. Then aku akan masak sup ayam yang di dalamnya aku lebihkan halia dan bawang putih. Kalau selsema pulak, aku akan hiris bawang merah sebiji dan letakkan di dalam bilik. Selebihnya doa banyak-banyak. That's all. Sebolehnya aku nak antibodi diorang 'bekerja' sedikit. Jangan dimanjakan sangat dengan ubat. Ha gituu. Antibodi pun nak bermanja. Haha.

Beberapa hari kemudian, tiba-tiba Sufi selsema. Disebabkan ubat yang doktor bagi masa demam hari tu tak terusik dan harganya begitu mahal RM 75 okayyy so aku decide untuk bagi Sufi ubat selsema. Aku bagi ubat tu around 7.30 malam dan pukul 8.00 Sufi dah tidur. Awalnya dan senangnya dia tidur. FYI, Sufi ni memang jenis susah sangat nak tidur. Sebelum tidur kena pangku dan dodoi dia setengah jam baru la mata dia lelap. But lepas makan ubat tak payah nak dodoi terus lelap! Kebiasaannya selepas sejam tidur, Sufi akan terjaga dan menangis. Of course la nak susu. Tapiii kali ni dia terjaga, then duduk sambil pandang keliling macam mamai-mamai sedikit lepas tu letak kepala kat bantal dan tidur semula. First time dia tidur semula without menyusu! OMG!!

Now baru aku realize yang ubat selsema ni ada dua jenis iaitu mengantuk dan yang tak mengantuk. Kalau jenis yang mengantuk, lepas consume memang akan tidur je. Maybe untuk rehat secukupnya. Erkk. Ok lepas ni kena lebih berhati-hati atau mungkin tak perlu bagi ubat kot. Natural remedy je lah. Huhu.

Friday, 12 May 2017

Sufi 1 tahun..

Assalammualaikum.

11 May 2016. Pejam celik dah setahun aku melahirkan Sufi. Besar dah baby boy mummy sorang ni. Makin banyak akal. Ada saja benda yang pelik-pelik dia buat. Dah nama pun boy kan. Haruslah extreme. Haha.

Di usia Sufi sekarang ni, alhamdulillah dia dah ada 2 batang gigi. Gigi ni mula tumbuh masa dia berumur 10 bulan. Kalau nak dibandingkan dengan kakaknya, Sufi ni jarang pulak menggigit masa menyusu. Fuhh lega mummy. Cuma dia sangat lasak bila menyusu. Menonggeng, meniarap, naik atas badan mummy, berpusing-pusing badan dan macam-macam aksi lagi lah. Letih betul kalau tengok dia menyusu. Macam main-main pun ada. Sabar jelah. Kadang2 rasa penat sangat menyusukan dia. Dah tu, 'peel' menyusu banyak2 kali. Dalam sejam, ada la 3, 4 kali menyusu. Saja je nak main2. Haishhhh.

Selepas tumbuh gigi, Sufi dah mula cuba-cuba untuk berdiri sendiri. Then masuk je 11 bulan, dia dah mula melangkah sedikit demi sedikit dan terus berjalan. Sejak 'dapat kaki' ni, kerja dia berjalan je lah. Kadang-kadang atas katil pun tak pasal-pasal dia berdiri dan berjalan. Seriau mummy tengok tau. Takut terlajak je, terus menjunam ke bawah. Menangis tak berlagu. Huhu. By the way, setakat ni dia tak pernah jatuh katil dengan teruk lagi tau. Kalau jatuh pun sebab dia nak memanjat. Bukannya jatuh masa tido.  Pencapaian terbaik sebab kakaknya dulu berpuluh-puluh kali jugak jatuh katil masa tengah tido. Lasak sangat kot tidonya. Haha. Mungkin jugak kali ni mummy dan daddy lebih berjaga-jaga kot. Belajar dari pengalaman.

Benda paling mudah jaga Sufi ni ialah bab makan. Dia jenis tak cerewet langsung pasal makan. Bedal je apa-apa pun. Sejak mula makan masa umur 6 bulan sehingga lah ke hari ni, dia tak pernah menolak kalau disua makanan. Ambil dan terus ngap! Haha. Memang seronok kalau dapat anak macam ni, tapi part tak seronok bila banyak makanan yang dia tak boleh makan atau kena pantang. Kesian dia. Kalau salah makan sikit, mula la eczema dia akan jadi teruk. Naik ruam. Gatal dan garu2 end up luka dan berdarah. Huhu. Setakat ni, aku dah introduce sikit2 makanan yang boleh trigger eczema dia. Bukanlah aku suka tengok dia gatal dan bergaru tapi untuk betul2 pastikan sama ada dia alergik atau tak dengan makanan tu. So tak ada lah semua makanan yang dikatakan alergik dia tak boleh makan. Contohnya ayam. So far dia ok je makan ayam tapi aku masih berpada2. Takutttt. Haha.

Sufi ni sangat rapat dengan kakak. Walaupun kakak tu selalu buli dia, tapi dia tetap sayang sangat dengan kakak. Buktinya kalau disuruh sayang kakak, kemain laju pergi ke kakak dan cium2 kepala, pipi kakak semua. Siap peluk lagi tu. Cuba suruh dia sayang mummy, krikk krikk krikkk. Buat tak layan. Geram betul! Maklumlah, kakak kan sentiasa ada bersama dia 24 jam sehari. Mana taknya sayang kakak lebih. Huhu.

Apa2 pun mummy harap kasih sayang adik beradik ni akan kekal sepanjang hayat. Amin.

Happy 1st Birthday Sufi!



Friday, 3 March 2017

Sufi 9 bulan..

Assalammualaikum.

Hari ni tiba-tiba pulak terajin tertengok terbelek post lama. Baru sedar aku jarang sangat post pasal si Sufi. Alahai macam mana mummy nak refer balik bila dah ada anak ke tiga nanti?? Ehhh... :)

Ok lah hari ni nak cerita pasal Sufi si budak manja tu. Now Sufi dah 9 bulan lebih. Ohhh cepatnya masa berlalu. Aku perhatikan milestone si Sufi ni agak lambat berbanding baby-baby lain. Tak payah jauh-jauh nak compare dengan baby lain, even dengan kakak pun dia kalah. Mana taknya si kakak meniarap masa umur 6 bulan, si adik pulak umur 8 bulan baru pandai meniarap. Walaupun lambat meniarap tapi Sufi terus menjulur ke depan tak macam si kakak asik masuk gear reverse je sehingga umur 9 bulan. Hahaha. 

Masuk je umur 9 bulan, Sufi cuba-cuba untuk duduk. Then, dalam masa 2 minggu dia dah pandai duduk sendiri, merangkak, memanjat dan berdiri lepas tangan! Haa tengok sekaligus dia buat. Lambat tapi cepat. Hihi. Baru lah gelabah mummy asyik jerit Nooooo Sufi. Noooooo sebab memanjat rak TV. Adoiii tak boleh tinggal, mesti kena monitor. Si kakak pulak tak boleh diharap sangat. Kadang-kadang saja dibiar adik tergolek-golek jatuh. Huhu.

Orang kata baby boy ni manja dengan mak. Memang betul pun!! Sangat manja. Just imagine malam-malam aku tak boleh berenggang dengan dia langsung. Tengah tidur pun dia boleh alert mummy tak ada kat sebelah. Jadinya mummy nak bangun weewee pun tak boleh. Harap-harap lah tak kena penyakit batu karang akibat selalu tahan kencing. Huhu. Satu lagi, baby boy memang berani kan? Semua benda dia nak cuba. Sebagai contoh, naik kereta syiling lima puluh sen tuh. Alaaaa tak tau apa nama dia. Faham-faham jela eh. Haha. Masa si kakak dulu, umur setahun lebih baru berani naik. Tu pun muka ketat je sebab takut. Cuba bagi si adik. Haa umur 7 bulan dah pandai naik. Siap terlompat-lompat suka. Kalau dah nama lelaki kan, memang lah tahan sakit. Jatuh tergolek macam mana pun, kejap je menangis lepas tu buat balik. Tu belum lagi si kakak ketuk, sekeh, tunjal kepala dia rilex je. Siap boleh gelak-gelak lagi. Dia ingat kakak bergurau agaknya. Adoii. Gurau kasar tu dik. Huhu.

Bab makan. Sufi ni ikut gen daddy kot. Kuat makan! Tapi yang peliknya berat tak naik banyak. 8 kg je. Ha yang ni ikut gen mummy. Haha. Since umur dia 6 bulan sehingga sekarang, dia tak pernah sekali pun menolak apa-apa makanan yang disuap. Even demam pun masih berselera makan. Maka senang lah kerja mummy. Buat lah puree atau bubur apa pun tanpa perlu risau direject. Oh ya disebabkan Sufi ada eczema, aku pun agak berhati-hati bagi makanan yang sesuai. Bukan semua makanan boleh bagi especially yang mengundang gatal. Eczema baby memang akan alergik pada ayam dan sesetengah ikan. Tapi both penting pulak untuk memperbaiki kulit. So, nak tak nak kena slowly intro. Setakat ni dah introduce ayam dan ikan salmon. Nampak macam tak ada allergik. Alhamdulillah. Senang hati mummy. Kalau dulu mummy kisar halus bubur dia, sekarang tak perlu lagi. Dia dah boleh makan bubur macam biasa walaupun gigi sebatang pun tak ada lagi.

Rasanya tu je la cerita serba sedikit pasal baby boy manja ni. Next time cerita lagi (kalau rajin dan ada masa) :)

Friday, 20 January 2017

Eczema - Part 3

Assalammualaikum...

Sebelum ni, aku ada story pasal mandian dan krim pelembap yang Sufi gunakan di sini . So far tak ada apa-apa masalah. Cuma, aku ni pantang betul ada orang review atau share produk tu elok untuk eczema, confirm aku akan serach dan end up beli. Haha. Biasa la kan. Sindrom mak-mak sangat. Semuanya nak yang terbaik untuk anak.

So, disebabkan terpengaruh, aku pun try la beli mandian BUDS super soothing hydrating cleanser. Apa yang menarik tentang mandian ni:-


Cleanse sore, irritated and eczema-prone skin as gently as possible and treat baby to a prebiotic enhanced bathing experience. Gluco-oligosaccharide is a prebiotic that selectively fuels the growth of the healthy bacteria on your baby's skin while inhibiting the growth of detrimental bacteria. 

Masa mula-mula guna, kulit Sufi jadi agak kering dan kasar. Aku rasa mungkin baru first time guna kot. Selepas beberapa minggu guna, nak dijadikan cerita cleanser ni tertinggal pulak kat rumah mertua. Adoii. Nak beli baru macam rugi pulak sebab masih banyak lagi plus tak tau serasi atau tidak untuk Sufi. Nak tak nak terpaksa la cari alternatif lain.

Yerr kalau nak diikutkan, aku ok je tak guna apa-apa sebagai mandian Sufi. Tapiiii pengasuh Sufi tu haa, walaupun aku cakap tak payah pakai sabun atau apa-apa pada Sufi, tapi dia macam tak puas hati sebab baby tak bau wangi. Huhu. Susah nak explain pada orang yang tak berpengetahuan pasal Eczema ni. Walau macam mana pun, aku tetap bersyukur dapat pengasuh ni sebab penyabar orangnya melayan karenah Sufi yang agak crancky disebabkan eczema dia tu. Jadi untuk ganti kepada BUDS clenser tu, aku guna Rooibos Tea je.


Sebenarnya aku tau pasal Rooibos Tea ni dari group Eczema. Teh ni asalnya dari Africa. Memang banyak khasiatnya kalau diminum setiap hari. Untuk eczema, ia dapat mengurangkan rasa gatal-gatal dan merenyam pada badan. Walaupun kulit Sufi dah nampak ok sedikit, tapi badan dia masih gatal-gatal especially lepas mandi. Asyik bergaru-garu satu badan macam merenyam. Maka aku pun search la produk organik yang boleh kurangkan sedikit rasa gatal tu. Finally jumpa Rooibos Tea. Untuk Sufi, aku rendam uncang teh dalam air panas then aku campurkan dalam air mandian dia. 1 uncang boleh la guna 3x rendaman untuk mandi seharian. Teh ni melembapkan kulit Sufi dan of course la ada bau daun teh. Haha. Setakat ni aku tengok tak ada perubahan apa-apa pulak. Gatalnya masih sama cuma kulitnya jadi makin lembut dan kurang kering. Pengasuh pun cakap teh ni melembapkan kulit Sufi. Rasanya terpaksa la aku melupakan BUDS cleanser kat rumah mertua tu. Haha. Ok next entry nak cerita pasal allergy test pulak.

Friday, 23 December 2016

Eczema - Part 2

Sambungan dari Part 1.. (Lama betul nak up post baru.. haha)

Selepas hilang ruam-ruam halus tu, eczema Sufi on off lagi tapi tak berapa teruk sehingga lah hujung bulan October iaitu umurnya 5 bulan lebih. Masa ni flare up sampai berdarah-darah. Setiap hari pakai mittens dan potong kuku. Actually kukunya pendek, tapi jenis kuku yang nipis (macam kuku mummy..hihi). Walaupun ditrim setiap hari tapi tetap tajam. Parts yang selalu berdarah di belakang lutut dan pipi sebelah kiri. Asal garu, confirm berdarah. Huhu.

23 October, apointment untuk vaksin 5 bulan. Doktor tengok keadaan Sufi, terus cakap "I cannot give this baby vaccine!". Mungkin doktor tu takut kalau vaksin penyebab eczema Sufi makin teruk. Lagipun kalau orang biasa tengok luka-luka tu memang agak menakutkan. Padahal luka tu dah kering dan ok sedikit. Doktor tu je yang gelabah siap suruh pergi klinik pakar then lagi 2 minggu datang balik untuk vaksin. Tapi lepas 2 minggu aku tak datang semula pun. Haha. Aku & hubby decide pergi ke pakar kanak-kanak Dr. Chong.

Asalnya kami hanya datang untuk check eczema Sufi sahaja tapi kebetulan kat situ juga ada injection untuk vaksin. Then doktor kata tiada kaitan eczema dan vaksin sebab sekarang ni vaksin dah upgrade bukan macam dulu-dulu (tak pasti upgrade tang mana). So, kami pun decide untuk teruskan je la injection vaksin. Memandangkan masa tu Sufi dah nak masuk 6 bulan, so doktor bagi dua-dua sekali - vaksin 5 bulan dan 6 bulan.

Doktor Chong ni sangat-sangat best tau. Very friendly. Dia explain satu persatu according to gambar. Tenang dan sabar je jawab macam-macam soalan dari aku. Haha. Happy dan puas hati sangat dapat jumpa doktor ni. Tak hairanlah klinik ni sentiasa penuh especially on weekend! (Nasib baik kami pergi hari Selasa). Doktor tu cakap eczema Sufi ni tak adalah teruk sangat tapi kena extra care. Pastikan kulit dia sentiasa lembap. Bila kering, tu yang jadi gatal sangat-sangat.

Aku ada tanya jugak pasal steroid. Doktor ni senyum je. Macam biasa la kan, mana-mana doktor memang takkan lari dari krim steroid. Lagi pulak keadaan luka Sufi berair. Takut kena jangkitan kuman. Walaupun doktor cakap hanya apply untuk beberapa hari dalam kuantiti yang sangat minimum, tapi aku tak berani la nak guna. Other than krim steroid, doktor ada bagi krim Ceradan. Ceradan ni aku prefer sangat sebab Sufi agak serasi (buat masa ni). Luka cepat sembuh dan kulit kurang kasar dan tebal. Cuma macam yang doktor pesan, walaupun kulit nampak ok dan tak kering tapi mesti teruskan apply moisturizer setiap hari without fail.

So, setakat ni (akhir bulan Nov) ni la senarai pelembap & mandian yang Sufi guna:-

1) Dermaveen Bath Oil - Disebabkan kulit Sufi yang kering, so aku guna oil based untuk mandian dia. So far bath oil ni ok cuma masalahnya susah nak cari. Biasanya di farmasi-farmasi biasa tak ada jual. Kalau nak beli pun through online. Aku beli ni pun di farmasi Caring. Harga dalam RM70 dan boleh guna sehingga 2 bulan.



2) Ceradan Cream - Krim yang doktor pakar bagi. Setakat ni dah 2 tube guna. Krim ni pun susah nak dapat. Ni pun aku order dari farmasi. Seminggu baru dapat. Aku suka krim ni sebab kulit Sufi akan jadi lembut bila apply 2-3 kali.


3) VCO - Sebelum ni aku guna D'herbs VCO. Dah 2 kali beli. Then hari tu nak beli lagi tapi dah habis stok. So beli la VCO Hidayah keluaran Serai Mas. Baru aku tau, VCO ni bukan semuanya sama. VCO Hidayah ni nampak berkesan sedikit especially bila luka berair. Malam ni sapu, esoknya luka tu dah kering. Walaupun baunya agak kuat berbanding VCO D'herbs tapi kesannya bagus. So aku decide beli VCO Hidayah je lepas ni.


Sambungan di next entry.... :)


Tuesday, 29 November 2016

Eczema - Part 1

Assalammualaikum.

Hari ni ada masa sedikit untuk cerita pasal eczema anak kedua ku. Sebenarnya memang tak sangka betul eczema Sufi akan jadi lebih teruk dari kakaknya, Sofea. Mengikut pembacaan aku, Sofea hanya mild eczema sebab hanya hubby sahaja yang allergy. Now, bila hubby dan kakak ada allergy, maka adik akan 'high risk' untuk develop eczema. Senang cerita macam ni:-

Kakak ada 'atopic condition' = Adik low risk to develop eczema
Mummy atau Daddy ada 'atopic condition' = Adik moderate risk to develop eczema
Mummy dan Daddy / Mummy dan Kakak / Daddy dan Kakak ada 'atopic condition' = Adik high risk to develop eczema.


'Atopic conditions' : asthma, eczema, hay fever atau food allergy


22 August 2016. Masa ni Sufi baru lepas vaksin untuk 3 bulan. Lepas injection tu, dia macam crancky je. Semua benda tak kena. Bermula dari tarikh itu lah eczema Sufi 'flare' on off sehingga la hari ini. Kadang-kadang baru je elok licin kulitnya, then naik balik. 

Aku perasan eczema Sufi mula dari muka. Bahagian pipinya ada tompok-tompok putih. Ingatkan sebab kulit dia belum mature, tak pun sebab ruam panas. Then lepas vaksin tu, kulit kat situ jadi kering sangat. Bila dah kering tu of course la gatal kan. Then jadi makin teruk bila dia menggaru, Kesan dari garuan (bukan gurauan ye. haha)  tu, kulit jadi calar balar dan luka. Luka tu pulak kena jangkitan kuman. So mula la berair dan jadi makin gatal. Then bila luka tu baru je nak kering, dia menggaru lagi. Dah luka balik. Memang tak kan pulih la macam tu. Kalau ok pun, sekejap je. 


Mula-mula melecet sikit

Bila digosok2 jadi macam ni

Dah kering sikit
Kering dan berdarah kesan garuan

Cara untuk kurangkan kegatalan tu, aku kena pantang makan. No seafood & egg at all! Ye la sebab aku kan masih breastfeed dia. Nak tak nak, berkorban la sedikit untuk anak. Actually banyak je makanan yang aku pantang lagi. Kekacang, dairy foods dan makanan yang masam-masam. Terpaksa la aku melupakan mangga muda favourite ku itu! Huwaaa.. Untuk luaran pulak, aku hanya sapu VCO especially selepas mandi. Kadang-kadang sapu sedikit Herbal Blend bila kulit terluka. Nampak ok sedikit.

3 minggu selepas vaksin, Sufi demam. Suhu tak tinggi sangat. Dalam masa 3 hari dah sembuh. Tak tau sebab apa dia demam. Tiba-tiba je.

Budak demam

Then seminggu selepas sembuh dari demam, seluruh badan dan muka dia naik ruam-ruam halus. Mula-mula aku ingatkan mungkin eczema, tapi rasa tak sedap hati pulak, Simptom2 macam kena measles. Terus bawa dia pergi klinik. Alhamdulillah, doktor cakap bukan measles sebab dia tak demam dan nampak aktif (apa taknya, dia dok sengih2 dengan doktor. Haha). Doktor cakap mungkin dia ni allergik dengan habuk or environment.

Macam measles kan??


Macam biasa la kan, kalau pergi klinik confirm dapat ubat steroid - Hydrocot & Mometasone. Sighhh. Tapiii aku tak guna pun ubat tu. Takut kesan sampingan lagi jadi teruk.

Sambungan.. next enrty..

Wednesday, 21 September 2016

Si Adik Demam..

Tak tau lah apa puncanya si adik demam. Nak katakan berjangkit dari family members yang demam tak ada pulak. Nak katakan nak tumbuh gigi, aikkk tak kan 4 bulan lebih nak tumbuh gigi kot?? Ermmm.. mungkin musim demam agaknya.

Petang Khamis, 15 Sept tu babysitter inform hubby (sebab hubby yang jemput anak-anak) badan si adik panas. Dia tak meragam tapi senyap je dan tak berap aktif. Balik rumah, aku rasa kepala dia agak panas. Bila check suhu, dalam 37°C. Orang kata dedor. Means tak demam lagi la. Aku basahkan kain lampin then lap-lap kepala dan badan dia. Mood dia pun ok. Tak meragam dan tido pun nyenyak.

Esoknya, 16 Sept bermula lah episod cranky dia. Nasib baik lah mummy cuti Malaysia Day. Memang berkepit je la. Seharian dia serba tak kena. Tido pun kejap-kejap. Nangis, nangis dan nangis sepanjang hari. Biasanya kalau berdukung dia senyap tapi hari tu dukung pun dia masih menangis. Then satu badan dan muka naik rashes. Sebab itu kot dia meragam. Tak selesa habis badan gatal-gatal. Huhu. Sepatutnya hari tu hubby kerja shift malam tapi aku suruh dia cuti. Tak larat wehhh.. Lagipun, si adik asyik nak dengan daddy je. Nak daddy dodoi dan tidokan. Keadaan cranky dia tu berlanjutan sampai ke malam. Suhu pun kejap-kejap naik sampai 38°C. Bila lap-lap badan dia dengan kain basah, baru lah turun suhu. Mummy dan daddy dah macam panda. Mata lebam masing-masing tak cukup tido. Huhu.

Pagi Sabtu, keadaan adik tak baik lagi. Badan masih lagi panas tapi tak demam. Suhu setakat 37°C lebih je. End up kami bawa jugak pergi ke klinik. Risau la pulak kalau sebab lain. Sekarang kan banyak penyakit. Huhu. Doktor cakap hanya demam biasa. Tekak dan paru-paru semua ok. Fuhh lega mummy. Balik dari klinik, cek suhu semula tengok-tengok suhu dah normal. Bertuah punya budak. Nak jugak pergi klinik baru ok walaupun tak makan ubat lagi pun. Haha.

Now tinggal rashes je tak hilang sepenuhnya lagi. Tak sure la eczema or rashes apa entah. Yang pasti itu yang buat dia tak selesa nak tido. Tapi dah dua malam, dia tido dengan lenanya. Tido di atas katil tanpa berbuai pun. Alhamdulillah. Senang hati mummy dan daddy. Harap-harap adik sembuh sepenuhnya. Aminn..


Thursday, 15 September 2016

Anak kedua..

Oh yer. Rasanya tak pernah lagi aku cerita pasal anak kedua aku ni kan. Meh aku cerita serba sedikit pasal Sufi ni ha. Hihi.

Dilahirkan pada 11 May 2016, Rabu, 1.28 pagi. Sekarang dah berumur 4 bulan.

Sejujurnya perjalanan Sufi sangat la mudah. Dari mula mummy TTC (Trying to conceive), sehingga lah kelahirannya. Semuanya MUDAH dan SENANG. Aku selalu terfikir, kesenangan ni mungkin ujian dari Allah. Nak menguji sejauh mana sikap aku. Bersyukur kah aku? Riak kah aku? Huhu.

Masa si kakak (anak pertama) genap 2 tahun (Mac 2015) aku dan hubby decide nak tambah seorang anak lagi. Tapi masa tu tak adalah beria sangat means kalau aku datang period tu tak adalah frust menonggeng. Boleh cuba lagi bulan depan. Haa macam gitu lah. Haha. Boleh dikatakan kami tak la serious sangat TTC. Tak ada OPK, tak ada makan apa2 supplement, tak ada cuba petua2 untuk mendapatkan anak dan sebagainya. Aku hanya monitor period cycle untuk tau waktu subur bila. Itu SAHAJA. Tup.. tup.. hujung bulan Ogos, atau lebih tepat Hari Merdeka 31 Ogos aku pun cuba la buat UPT. Alhamdulillah positifff..!! Happy tak terkata.

Masuk bab pregnant pulak. Awal pregnancy, aku biasa2 je. Tak ada morning sickness pun. Then masuk beberapa minggu lepas tu baru la datang sickness tapi mild je tak seteruk masa mengandungkan si kakak dulu. Sepanjang masa mengandung tersangat lah mudah. HB aku ok. Baby ok. Mood aku pun ok. Kaki tak cramp teruk. Masa check up pun ok sebab check up di hospital swasta. So rilek2 je tak adalah nak menunggu lama sangat. Kesimpulannya segalanya OK sehingga lah waktu hendak bersalin. Walaupun overdue, tapi tak perlu induce. Ngam2 sehari sebelum tarikh induce, aku dah rasa sakit2. Pukul 1.30 tengah hari pergi hospital, pukul 1.28 pagi aku bersalin. Kira cepat la jugak kan progress untuk first time bersalin normal macam aku ni. Hihi.

Alhamdulillah, sehingga sekarang Sufi tak banyak kerenah. Cuma biasa lah kadang-kadang datang dia punya 'angin'. Sama ada nak berubah bulan atau pun disebabkan perangai manja dia tu. Memang cranky je la sepanjang hari. Asyik nak melekat dengan mummy. Setakat ni itu la perangai dia. Tak tau la kot-kot esok lain pulak. Harap-harap dipermudahkan segalanya hingga besar nanti. Aminn..

Milestones 4 bulan
~ Dah mula mengiring lepas tu meniarap sekejap. Benda yang dia paling tak suka ialah meniarap. Baru kejap dah melalak macam hape jek.. Huhu.
~ Dah kenal dengan orang. Kalau mood tak ok, hanya nak dengan mummy dan pengasuh SAHAJA.
~ Tak boleh nampak makanan. Confirm meleleh2 air liur.
~ Semua benda yang dipegang akan masuk ke dalam mulut.

Friday, 29 July 2016

Zuriat ke dua..

Kisah kelahiran Hasbi Sufi.

11 May 2016, Rabu. 1.28 pagi. 2.87 kg. 

Kronologi:

3 May, Selasa
Aku dah mula cuti. Sengaja cuti awal sebab malas bawak kereta dan mengadap jammed. Duduk rumah je layan si kakak.

4 May, Rabu
Hari ni sepatutnya dah due tapi baby macam tak ada tanda2 nak lahir pun. Haha. Puas la aku kemas satu rumah. Sental bilik air, mop lantai, cuci kipas semua tapi baby tak nak turun2 (engaged) lagi.

5 May, Khamis
Last check up kat Hospital Razif. Hari ni jugak aku ada buat CTG untuk monitor heart beat baby & contraction. Resultnya TAK ADA contraction langsung. Doc cakap macam lambat lagi je nak bersalin. Maka aku pun minta reference letter dari doktor untuk aku nak bersalin kat Seremban. Doktor advice aku pergi hospital pada hari Rabu sebab masa tu dah overdue 1 minggu.

7 May, Sabtu
Balik ke rumah mak. Makan puas2. Shopping puas2. Jalan puas2. Tapiii masih tak ada tanda2 nak bersalin.

8 May, Ahad
Celebrate mother's day. Makan steamboat banyak2. Shell out lagi. Pun tak rasa nak bersalin. Haha.

9 May, Isnin
Konon2 nak serah diri kat hospital walaupun doktor Hospital Razif dah inform suruh datang bila dah due 1 minggu. Degil kan. Lepas check semua, doktor HTJ cakap tunggu sampai hari Rabu. Tak sabar punya pasal. Haha. Biasanya untuk kes overdue diorang akan bagi masa seminggu dari tarikh due. Then baru boleh induce. Plus bukaan pun tak ada lagi. Kalau nak ikutkan, aku nak je warded hari tu jugak tapi katil penuh pulak. Maka balik lah semula ke rumah. Sebelum pergi hospital, aku siap cakap dengan anak sulungku "Balik nanti mummy bawak baby yer". Tengok2 baby tak ada lagi. Hahaha. Kelakar betul lah. Petang tu sempatlah tengok movie Captain America dan bawa anak pergi jalan2 kat taman. Macam biasa dalam pukul 10, aku dah masuk tido. Tiba2 aku rasa lain macam. Sakit period tapi mild. Malam tu memang aku tak dapat tido langsung. Sikit2 terjaga sebab tahan sakit. Aku tau itu contraction tapi buat2 rilek je sebab tak kuat sangat kan.

10 May, Selasa
Pagi tu sakitnya makin kuat. Ingatkan nak pergi hospital pagi tu jugak tapi tengah siap2 nak pergi hospital, tiba2 hilang pulak sakitnya. Haha. So cancel pergi hospital. Petang nanti la baru pergi. Menjelang tengah hari, sakit tu datang lagi tapi makin kerap. Pukul 1 aku ambil wuduk untuk solat Zuhur, tengok2 ada ketulan darah keluar. Apa lagi, kelam kabut la ke hospital. Sampai di hospital, lama jugak la tunggu untuk check. Then bila check, bukaan baru 1 cm. Lepas settle semua check up, dalam pukul 4 lebih aku masuk ward. Katil memang penuh sangat2. Tak ada kosong langsung. Nurse suruh aku duduk kat extra katil dulu. Perghhh panas gila. Dah la tak ada kipas. Maka duduk la aku kat katil tu sambil menahan contraction. Sakit oitt.. Oh yer, masa ni contraction dah makin kuat. Pukul 7 lebih, ada doktor buat rondaan dari katil ke katil. Doktor tu cakap kalau dah tak tahan sangat, dia boleh check bukaan semula. Aku refuse sebab rasa masih boleh tahan lagi walaupun tak senang duduk dah. Haha. Tahan punya tahan sampai la pukul 10. Ok fine. Dah tak larat. Check bukaan dah 5 cm. Siap2 & call hubby then terus pergi labour room. Maka bermula la episod menahan kesakitan. Kali ni aku bersyukur sebab hubby dapat masuk dalam labour room. At least dapat sokongan dari hubby selain nurse2 yang baik hati itu. Bila check CTG, contraction ku makin kuat. Rasanya nak tercabut la besi tepi katil tu aku pegang. Haha. Hubby usap2 kepala aku sambil baca2 apa entah aku pun lupa. Sakit punya pasal tak ingat apa2 dah. Haha. Aku ingat lagi doktor tu cakap sesama sendiri "Haa ni kejap je. 2, 3 jam keluar la baby. Cuma parut C-zer & first time deliver normal tu je la yang kita kena risau sikit" Lebih kurang macam tu la ayatnya. Tu pun dah buat aku rasa lega.

11 May, Rabu
Diam tak diam tau2 dah nak pukul 1 pagi. Bukaan dah 9 cm. Aku tak boleh tahan lagi. Aku jerit "Saya nak terannnnn". Kelam kabut diorang prepare apa2 yang patut. Masa mula2 teran tu, nurse cakap "Haa pandai.. buat macam tu lagi". Kali kedua teran, alamak silap teknik la pulak. Haha. Ok cuba lagi kali ketiga teran, kepala baby dah nampak. Hubby usap2 kepala aku sambil cakap "Sikit lagi ni B. Dah nampak kepala dah ni". Dengan kekuatan yang ada, aku teran sekuat2 hati. Akhirnya.. pada jam 1.28 pagi lahirlah seorang baby boy di dunia ini. Fuhh lega. Tak terucap dengan kata2. Betul la orang kata, bila nampak muka baby, terus hilang serta merta sakit bagai nak mati tadi. Hihi.

Sykur alhamdulillah. Kali ni aku berpeluang untuk bersalin secara normal. Dapat lah hubby tengok sendiri macam mana proses kelahiran dan kepayahan seorang ibu melahirkan anak. Baru dia tau betapa susah aku bertarung nyawa demi zuriat dia ni. Hihi.

Hasbi - Memadai bagi ku
Sufi - Ahli Tasawuf

Oh yerr. sebenarnya aku & hubby memang dah lama sangat2 nak menamakan anak kami HASBI. Maksudnya memadai atau cukuplah setakat ni je anak2 kami. Alhamdulillah Allah kurniakan sepasang. Tapi kalau Allah nak bagi rezeki lebih, kami terima je. Best jugak ramai anak ni. Hihi.

Tuesday, 19 July 2016

Kerja oh kerja..

Assalammualaikum...

I'm back..!! Hehe. Hari ni dah masuk seminggu bekerja selepas 2 bulan maternity leave. Anak2 pun dah seminggu duduk di rumah pengasuh. Start hantar 11 Julai hari tu. Alhamdulillah baby serasi dengan pengasuh. Oh yerr.. lupa pulak. Aku telah selamat melahirkan baby boy pada 11 May lepas. Syukur Allah permudahkan segala urusan dari bersalin sehingga masa berpantang. Nanti lah aku cerita pasal baby ni yer. Sekarang banyak kerja la pulak. K bai. :)


Wednesday, 27 April 2016

39 weeks..

Good morninggg..!!

Aku masih lagi berada di office. Masih belum bersalin. Haha. Baby best duduk dalam perut mummy. Tak nak keluar lagi. Minggu ni last bekerja. Minggu depan, 2 May dah start cuti. Yeayyy.. Tak payah susah2 drive pergi kerja dan mengadap jam lagik. Hihi. Actually due date 4 May. So memang patut start cuti pun. Kalau masih tak bersalin lagi on due date tu, maka terpaksa la aku serah diri di hospital dan di 'induce'..!!. Just like 1st pregnancy dulu. Honestly aku tak kisah la induce or tak. Asalkan baby selamat. Lagipun aku harap sangat2 dapat bersalin kat hospital Seremban. Selain dari service & facilities yang tiptop, hospital tu jugak dekat dengan rumah mak aku. So senang la nak balik berpantang.

Setakat hari ni tak ada lagi tanda2 nak bersalin. Baby pun tak 'engaged' lagi. Tapi doc cakap biasanya baby akan 'engaged' bila dah nak bersalin nanti. Ni sepesen si kakak kot. Nak duduk lama2 dalam perut mummy. Hihi.

Minggu depan, kalau masih tak bersalin lagi aku bercadang untuk mintak reference letter dari doc untuk bersalin di hospital Seremban. Actually ada beberapa perkara yang aku bimbangkan pasal hal ni. Semoga segala urusan aku dipermudahkan. Amin..


Wednesday, 13 April 2016

Full term..

Hari ni dah masuk 37 minggu. Baby dah cukup bulan. Means that baby dah fully mature. Kiranya just nice la kalau nak bersalin sekarang. InsyaAllah.

Sabtu lepas aku check up. Position baby dah back to normal. Tak songsang lagi. Ya Allah. Syukur sangat2. Boleh la aku berangan2 nak bersalin normal. Haha. Doktor cakap disebabkan baby kecik (about 2.3 kg) dan aktif, ada kemungkinan juga dia boleh berpusing songsang semula. Alaaaaaaa... alaaaa... jangan la babyyy. Sian la kat mummy ni. Stay je la kat bawah tu. Lagi 3 minggu je, tak lama dah. Adoii. Haraplah dia tak berpusing semula. Aminn.

Oh yerr.. lepas ni tiap2 minggu kena check up sampai la dah nak bersalin nanti. So far berat aku naik 1/2 kg per week. Now dah 54.5 kg. Kira ok la kan. Hihi. First pregnancy pun naik dalam 10 kg. Lebih kurang je dengan sekarang ni. Cuma adik baby ni agak kecik sikit la. 

Alhamdulillah, beg hospital mummy & baby dah ready. Tinggal letak dalam kereta je. Barang2 baby yang nak bawa balik ke rumah mak aku masa pantang nanti pun dah ready. Cuma baju anak dara aku tu je belum pack lagi. Tak tau la bila nak buat. Minggu ni InsyaAllah settle. Lagipun minggu ni aku nak balik rumah mak aku. So memang kena siap2 la. Kot2 terberanak ke kan. Haha. 

Setakat ni aku tak rasa tanda2 nak bersalin lagi. Cuma baby mengeras tu ada la tapi tak lama. Brixton Hicks namanya. Baby pulak aktif macam biasa. Super aktif bila aku lepas makan. Perghhh.. tak duduk diam sampai sakit perut mummy ni haa, Biasanya lepas makan aku memang tak boleh buat apa2. Kalau boleh, nak terus baring. Baru la ok sikit. Huhu.

Malam tadi kaki aku cramp teruk. Dua2 belah kaki. Paling teruk sebelah kiri. Whole leg rasa sakit sampai tak boleh tido. At last aku gigih bangun then sapu minyak panas. Baru la lega sikit. First time aku kena macam ni. Selalunya cramp kat betis je. Mungkin sejuk sangat kot. Nampaknya macam kena pakai stokin je bila tido malam. Huhu.

Ok. Sekian update untuk 37 minggu. Kita tengok masih ada update untuk 38 minggu ke tak. Ye la. Kot2 upload gambar baby terus ke. Haha.


Tuesday, 5 April 2016

36 weeks..

Fuhhhh... tak sangka dah masuk 36 weeks. Cepat betul rasanya preggy kali ni. Tau2 je dah full term. Alhamdulillah.

Walaupun lagi 4 minggu je nak bersalin, tapi preparation belum lagi sepenuhnya. Keperluan baby Alhamdulillah tinggal lagi 5% belum complete. Barang2 mummy je tak complete lagi haa. Huhu. Set untuk berpantang tak beli lagi. Beg untuk ke hospital tak ready lagi. Adaptor dan parts untuk pam susu tak beli lagi. Keperluan masa berpantang pun banyak yang tak ada - stokin, disposable panties, etc.. Huwaaaaa... harap2 minggu ni dapat complete semuanya especially beg hospital. Tu yang paling penting. Actually time2 macam ni dah kena standby dalam kereta. In case nak terberanak tiba2, boleh terus pergi ke hospital. InsyaAllah minggu ni semuanya settle. Baru la senang hati. Hihi.


Monday, 21 March 2016

Happy birthday my dear daughter..

20 March 2016 ~ birthday Sofea yang ke 3. Yeayyy..!! Alhamdulillah. Dah besar anak mummy daddy nih. Rasa macam baru semalam mummy rasa sakit contraction. Amboii kemain kaww sakit contraction. Haha. Ye lahhh. Dalam proses bersalin, contraction la yang paling sakit sekali. Itu yang akan ingat sampai bila2.

Biasanya anak pertama memang istimewa sikit sebab ini la permulaan untuk jadi ibu bapa. Pengalaman memang zero. Kalau dapat info pun hanya dari pengalaman kawan2, family dan google. Yang penting kena banyak bertanya. So sebab tu boleh dikatakan 80% apa2 yang berkaitan dengan Sofea dari mengandung hingga lah umurnya 3 tahun aku masih boleh ingat. Erkkk.. 20% lagi mana?? Yang tu dah hilang dimamah usia. Haha. Makin tambah umur makin jadi pelupa. Sebab tu la kena tulis kat blog. At least boleh flashback memori. Hihi.

Di usia 3 tahun ni, Alhamdulillah Sofea membesar dengan baik. So far dia jarang sangat demam. Setahun ada la dalam 2 kali. Itu pun dalam 2 hari dah sembuh. Cuma awal tahun hari tu, dia kena demam tonsil. Seminggu jugak la demam tak kebah2. Bila bawa jumpa doktor, rupanya tonsil bengkak. On antibiotik baru la ok. Syukur.. Oh yer, sekarang ni mulut dia tersangatlah becok. Cakap macam orang tua. Asyik membebel especially dengan daddy. Pantang daddy buat salah sikit, mula la dia membebel macam mak nenek. Haha.

Recently dia suka sangat tengok cerita Upin Ipin. Sehari entah berapa kali nak pasang DVD Upin Ipin. Padahal cerita yang sama je. Itu belum kira tengok kat TV. Tiap2 hari pukul 7.30 malam wajib tengok okay. So terpaksa la daddy & mummy mengalah. Nak tengok cerita best2 pun susah dah sekarang ni. Huh!! Pasrah je lahh..

Orang kata kalau budak nak dapat adik, dia akan buat perangai sikit. Perangai yang boleh menggugat keimanan dan menaikkan darah parents. Haha. Tapi Sofea tak ada pulak perangai yang pelik2. Tak tau lah kot2 belum tunjuk perangai lagi kan. Harapnya tak ada lah. Jenuh mummy & daddy nak layan nanti. Huhu. Kadang2 je la dia macam rasa disisihkan. Contohnya, hubby usap2 perut aku sambil berborak dengan adik baby. Tiba2 dia mencelah "Daddy tak sayang Sofea ke?" Erkkkk. Ada perasaan cemburu di situ. Tapi setakat macam tu je la. Tak pernah lagi dia pukul perut aku. Bila suruh sayang adik baby, dia akan cium perut aku. Aku harap bila adik baby dah keluar nanti, dia akan sayang macam tu jugak. Boleh bermain sama2 & jaga adik sebaik-baiknya. Aminn..



Wednesday, 2 March 2016

Hubby on diet..!!!!

Dah lebih seminggu hubby diet. Aku sangat2 impressed sebab ni la first time hubby tak makan nasi sebegitu lama . Wahhh. Nampak bersungguh2 dia kali ni.

Masa mula2 dia cakap tak nak makan nasi tu, aku rasa musykil sikit. Sebagai seorang isteri yang sentiasa support suaminya, aku iyakan je la. Haha. Oklah tak makan nasi malam je kan. Tapiiiiii..!! hubby cakap bukan setakat malam je. Siang pun tak nak makan nasi. Erkkkkk..!!? Serius?? Tak makan nasi langsung??? Aku terkedu, terkejut, excited semua pun ada. Honestly lebih kepada excited la. Isteri mana yang tak nak tengok suaminya sihat kan. Oh yerr. Hubby diet ni bukan untuk kurus semata2 tau, tapi untuk kesihatan jugak. Maklumlah umur makin meningkat. Obes pulak tuh. Nak tak nak memang kena jaga berat badan la. At least nampak la susut sikit perut tuh. Hahaha.

Actually hubby amalkan diet ala2 atkins. Kurangkan pengambilan karbohidrat. So far, memang dia elakkan makan nasi, roti, makanan berasaskan tepung, kentang dan seangkatan dengannya. Kalau nak ikutkan diet atkins, lagi ketat tau peraturan pemakanannya. Banyak benda tak boleh makan. Aku sendiri memang tak nak hubby fully diet atkins. Takut badannya terkejut nanti tak pasal2 sakit itu ini. Buat permulaan ni, tak makan nasi tu pun dah kira syukur sangat2.

Ni baru beberapa hari. Kita tengok sampai sebulan. Ada perubahan atau tak yer. Hihi.




Monday, 29 February 2016

Check up @ 30 weeks..

Assalammualaikum,.

Lately malas betul nak update blog. Kalau update pun pasal pregnancy je. Tu pun takut lupa. So baik post cepat2. Haha.

Alhamdulillah now dah masuk 31 minggu. So far tak ada apa2 masalah both mummy & baby. Cuma masa 29 minggu, ada la dua kali kaki kejang masa tido. Fist time kena tu memang sakit giler. Perghhhh.. Rasa macam nak nangis. Then, seminggu jugak la efeknya. Betis rasa sakit sangat2. Kali kedua tu pulak takde la sakit sangat. Sehari dah ok. Nampaknya lepas ni kena pakai stokin masa tido. Tu pun kalo rajin dan INGAT!! Hihi.

Now update masa check up minggu lepas. Macam biasa urine kotor. Huhu. Ni lah akibatnya asyik minum air manis jek. Lepas ni kena banyakkan lagi minum air kosong. Adoii. Susahnyaaa..!!! Berat aku sekarang dah cecah 53 kg. Naik 2 kg. Ok la kan. Berat baby pulak around 1.1 kg. Agak kecik kata doktor tapi takpe lepas ni berat baby akan naik dengan cepat dan jayanya. InsyaAllah. Ramai yang cakap perut aku nampak kecik jek termasuk lah doktor yang check aku hari tu, tapi aku rasa dah macam penguin nih. Jalan terkedek2. Haha.

Ok. Ni yang paling merisaukan aku. Masa scan tu nampak kepala baby berada di atas dan kaki ke bawah, maksudnya baby dalam keadaan songsang. Huhu. Sebenarnya, aku pun dapat rasa mengandung kali ni lain sangat2. Baby over aktif!! Siang malam dok tendang2 dan gerak. Agaknya sebab tu la berpusing2 sampai songsang. Haha. Doktor cakap tak perlu risau sebab baby masih ada ruang untuk berpusing lagi plus aku baru je 30 minggu. If 37 minggu masih dalam keadaan songsang lagi, maka kena decide untuk c-zer la. Honestly aku tak kisah bersalin normal or c-zer asalkan baby aku selamat. Aku lebih risaukan baby je. Kot2 ada masalah lain sebab tu la songsang. Harap2 lah takde pape dan within few weeks, baby dah kembali keadaan normal. Aminn.

Rasanya tu je la update untuk kali ni. Next check up lagi 2 minggu. Oh yer. Lepas ni check up every 2 weeks sampai la bersalin nanti.


Tuesday, 2 February 2016

Check up & Scan 3D/4D...

Sebenarnya ni cerita 2 minggu lepas tapi baru berkesempatan untuk update. Haha. Walau lambat macam mana pun, aku kena jugak post kat blog sebagai rujukan di masa akan datang. Mana la tau rezeki untuk anak ke 3 nanti. Boleh la rujuk semula. Hihi.

Rutin check up macam biasa je. Urine, berat dan blood pressure semuanya normal. Masa tu kandungan masuk 25 minggu. Berat aku 51 kg. Berat baby pulak around 750 gram. Fuhhh.. nasib baik la tak naik banyak sebab pregnant kali ni pola pemakanan aku lain macam sikit. Asyik nak makan & minum manis2 je. Kit Kat tu dah jadi makanan ruji aku. Sentiasa ada stok. Nasib baik la paras gula dalam badan normal, Legaaa.

Kebetulan masa tu aku selsema. Terus mintak ubat selsema. Doktor pesan kalau boleh elakkan lah ambil ubat. So aku makan sebiji je. Alhamdulillah, esoknya dah kurang. So tak payah la makan ubat lagi. Oh yer. Kali ni aku kena cucuk kancing gigi atau 'anti tetanus toxoid'. Doktor cakap untuk kali ke 2 pregnancy, wajib ambil 1 dos je. Tak macam 1st pregnancy kena ambil 2 dos. 

Hari tu aku agak excited sikit pergi check up sebabnya dah boleh tengok gender baby. Yeayyyy. Sebelum ni aku ada jugak tanya2 doktor kalau2 nampak gender apa tapi nampak sipi2 je. Boy katanya. Tu pun tak berapa accurate la. So takpe la. Aku tunggu je la sampai next check up. Biasanya masuk 24 minggu dah boleh nampak. Aku pun takde la mengharapkan boy. Buat biasa2 je. Then, masa scan hari tu, nampak la 'bird' baby. Samar2 jugak sebab baby silang kaki. Adoyaiii. Saja je baby ni tau. Bagi mummy & daddy berteka teki. Si daddy asyik senyum2 je bila doktor cakap 50-50 boy. Honestly, dia memang harap sangat2 kali ni boy. Ada peneman katanya. Kot yerrrrr. Ntah2 geng dengan mummy jugak. Hahaha.

Disebabkan masa check up tu tak berapa jelas gender baby, maka aku pun terus call klinik yang ada buat scan 3D/4D. Klinik Sofia namanya. Appointment hari sabtu minggu lepas. Harga scan 3D/4D ialah RM120. Agak murah bagi aku. Sonographer pun sangat lah friendly. Penerangan terperinci. Tak payah aku tanya2 dia dah beritau semua. Klinik pun tak ramai orang. Rasanya masa tu aku sorang je kot yang buat scan petang tu. Dalam setengah jam dah abis. Baby pun behave bagi kerjasama. Terus nampak gender clearly. It is boy!! InsyaAllah. Kemain suka hubby. Asyik sengih2 sepanjang scanning. Haha. 

Alhamdulillah, After scan, everything is normal. Harap2 berpanjangan sampai la masa bersalin nanti. Aminnn. Pssttt.. muka baby ada iras kakak Sofea la. :) :)


Thursday, 24 December 2015

3rd & 4th check up..

Punya la malas nak buat entry banyak2, so aku combine je cerita. Senang. Haha.

Ok. Check up kali ketiga masa kandungan masuk 17 minggu. Ini ialah check up yang paling lama sebab dapat doktor Norana iaitu salah seorang owner kepada Hospital Bersalin Razif!! Perghhh rasa bertuah sangat2 dapat check dengan doktor ni. Penuh dengan pengalaman. Masa scan baby pun punya la lama. Siap tunjuk dan terangkan kat aku satu persatu. Hihi.

Masa ni kesihatan aku agak tak berapa baik. Tekanan darah rendah dan kencing kotor. Huhu. Tak pasal2 kena bebel dengan doktor. Katanya aku ni kurang minum air masak. Errrrr. Memang pun. Ngeeeee. Akulah manusia yang paling susah nak minum air. Tak kira la air masak or air manis. Memang sikit je aku minum. Sehari ada la dalam 3 gelas air. Huhu. Kesian kan. Then, masa ambil darah untuk test HB pun nampak darah aku pekat sangat2. So memang dah terbuktilah badan aku kurang air.

Untuk check up kali ni doktor ada suggest supaya aku ambil Obimin tapi aku refuse sebabnya aku plan nak ambil supplement Shaklee iaitu Vitalea. Aku deangar ramai ibu yang preggy ambil Vitalea dan HB mereka cantik je. So doktor hanya bagi aku pil Kalsium, Antibiotik dan ubat untuk kencing kotor. Tak lupa juga doktor pesan supaya aku minum air banyak2. Alamakkkk..!!

Genap kandungan aku 5 bulan which is 20 minggu, check up untuk kali ke 4 pulak. Aku berdebar2 sungguh nak tau result HB. Mesti rendah! Huhu. Masa ni aku dah start ambil Vitalea for 2 weeks. Alhamdulillah tekanan darah aku normal dan baby pun sihat walafiat. Result HB?? Tadaaaa. 10.5 okayyy. Agak tinggi jugak la for preggy woman. Fuhhhh. Lega sangat!! Tak payah ambil darah lagi. Sakit tau tak. Dah la urat aku kecik dan tak nampak sampai terpaksa guna jarum untuk baby. Huhu. Seksa betul. Syukur lepas ni tak payah cucuk2 lagi dah, Hihi.

Doktor cuma repeat bagi pil Kalsium dan Pramilet. Pramilet tu kiranya macam multivitamin untuk ibu mengandung la instead of Obimin. Bila aku belek2 botol dia, rasanya lebih kurang Vitalea je, Cuma dosage je lain2. So aku decided tak nak makan Pramilet. Takut nanti baby terlebih vitamin la pulak. Ni perbandingan antara dua nultivitamin Pramilet & Vitalea.


PRAMILET

Vitamin A4000 I.U.Vitamin B123 mcg
Vitamin D3400 I.U.Elemental Minerals:
Vitamin C60 mgCalcium250 mg
Folic Acid500 mcgIodine100 mcg
Vitamin B13 mgIron5 mg
Vitamin B22 mgMagnesium10 mg
Nicotinamide10 mgCopper150 mcg
Vitamin B63 mgZinc 85 mcg



VITALEA