"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Monday, 30 September 2013

1st solid food..

Alhamdulillah..dah 6 bulan lebih si tecik tu. Tak sangka dah setengah tahun berlalu. Dah setengah tahun jugaklah aku menjaganya. Ya Allah terima kasih di atas pinjamanMu ini. Syukur sangat2. Terharu!

Ok. Rasanya semua tahu kan, bila baby dah masuk 6 bulan ni maka boleh la start bagi makanan pejal atau solid food. Tapi kan.. Aku rasa was2 je nak bagi si tecik tu makan. Takut perut dia tak boleh terima lagi makanan pejal. Dulu kemain excited nak bagi makan sekarang ni takut pulak. TAHPAPE! hahaha.. Hubby pun berperasaan macam aku. Bila aku cakap nak beli blender khas sebab nak buat puree untuk baby, hubby suruh aku hold dulu. Tak payah beli lagi. Alang2 tunggu 1hb Oktober baru bagi baby makan katanya. Reason?? Bulan baru. Ha, yang ni lagi TAHPAPE! hahaha..

Dalam takut2 tu aku boleh la pulak TERbeli ready made puree untuk si tecik tu. Hehe..Ingatkan nak buat sendiri puree tu tapi blender takdak. Macam mana nak buat puree kan?? Ngeeee..  So, first solid food si tecik tu aku pilih HEINZ perisa parsnip + lobak merah + keledek.


Excited sungguh si tecik tu mamam. Tak cukup pulak tuh. Dah bagi 2 sudu besar tapi nangis2 lagi jadi nak tak nak terpaksa tambah lagi. Kuat makan betul la budak ni. Macam daddynye lah tu.. Hahaha.. 1 botol tu aku bagi 3 hari. Sehari sekali je makan. Then bila dah habis aku beli lagi. Tapi kali ni perisa lain pulak. Labu + Jagung manis.


Ha, yang ni lagi la tak cukup!! 3 kali aku tambah baru la dia tak menangis. Hubby cakap maybe dia suka jagung kot. Aku fikir2 balik, betul la memang dia suka jagung sebab masa mengandung dulu aku suka sangat makan jagung. Jagung rebus, jagung bakar semua aku suka. Hehe.

Setakat ni tu jela yang si tecik tu makan. Aku berazam weekend ni aku nak beli blender. Nak buat puree untuk dia. Baru la berkhasiat sikit dan yang paling best boleh variety. Tak sabarnye nak tunggu weekend. :) :)

Tuesday, 17 September 2013

Pelat..

Sebelum kahwin lagi, aku & hubby memang suka cakap pelat macam budak2 kecik. Konon2 manja lettew. SILA MUNTAH. haha.. Lama2 dah terbiasa pulak cakap pelat macam tu. Sekarang ni cakap kat anak pulak. Orang kata tak bagus cakap pelat kat anak2 especially baby sebab takut dah besar sok dia  pelat. Tapi tak boleh la, dah terbiasa. Hehe.. Harap2 si tecik tu la pelat bila dah pandai cakap nanti.

Ni antara perkataan2 yang sengaja dipelatkan bila cakap ngan baby:
- amam = makan
- ami = mummy
- edi = daddy
- tito / bombom = tido
- cucu = susu
- adi = mandi
- acam = masam
- nantuk = mengantuk
- alan2 = jalan2
- ete = kereta
- awan = kawan
- nanak = taknak
- ikit = sikit
- tacau = kacau
- menan = mainan

Adoyai.. merosakkan bahasa betul. Actually banyak perkataan pelat lagi tapi tu je la yang aku ingat dan biasa guna. Hihihi.. :)


Saturday, 7 September 2013

Wednesday, 4 September 2013

Bawak si tecik pergi check-up..

Semalam si tecik tu gi check-up. Actually minggu lepas appointment dia, tapi aku tak dapat cuti pulak so terpaksa tangguh 1 minggu. Nasib baik nurse tak marah. Phewww..

Ni first time aku gi check-up si tecik tu berdua je sebab hubby kerja. Lepas hantar hubby gi kerja (kereta hubby rosak) aku terus gi klinik. Awal giler ok. Pukul 7 dah terpacak depan klinik. Klinik pun tak bukak lagi. Haha. Tunggu punya la lama sampai si tecik tu dah hampir2 mengamuk. Akhirnya pukul 7.45 baru bukak. Fuh lega. Dapat la no. 4. Tunggu lagi. Dalam pukul 8 lebih baru la sampai turn aku. Procedure biasa - timbang berat & ukur tinggi. Naik 400 gram je. Huhu..

Then tunggu lagi untuk jumpa nurse pulak. Tangan aku dah mula lenguh dukung si tecik yang takmo duduk diam ni. Agak2 dia dah boring & penat mula la merengek. Aku bagi dia minum susu sampai tertidur. Lama jugak minah ni tido walaupun bising dengan suara budak2 jerit & menangis. Hehe. Masa dia tido nyenyak ni la  baru nurse nak panggil aku masuk. So tak dapat la check fizikal dia. Lepas tulis apa2 yang patut kat buku pink tu, nurse suruh aku tunggu untuk injection pulak.

Dalam 15 minit lepas keluar dari bilik nurse tu, baru la si tecik tu bangun. Nasib baik tak menangis. Bukak2 mata terus senyum. Pheww.. Tunggu punya tunggu dalam pukul 9 suku baru la nama dipanggil untuk injection. Aku dah tak senang hati ni. Ye la mana la tau si tecik tu melalak bila kena injection & cranky sampai balik. Macam mana aku nak drive ke rumah pengasuh dalam keadaan macam tu? Huhu. Pasrah je la.

Masa masuk bilik untuk injection tu, muka dia happy je. Membebel2 mak nenek dia tu. Hehe. Bila nurse mula cucuk jarum kat peha dia, mata dia bulat sebulat-bulatnya macam terkejut. Then bila nurse tekan masukkan vaksin muka dia dah berkerut2 sikit.  Aku agah2 dia supaya tak menangis. Akhirnya after nurse tarik jarum keluar, dia senyum dan tak menangis!!! Amazing!! First time tak menangis masa injection. Good girl. Tapi kan, aku pulak yang terkejut dia tak menangis. Hahaha. Maka kami pun pulang dengan hati yang gembira. Hehe.

On the way ke rumah pengasuh dia senyap je main2 tangan & membebel sorang2. Aku takleh nak cakap2 dengan dia sangat sebab tengah fokus drive. Nak cepat masuk ofis punya pasal. Hehe. Lepas hantar dia aku pun memecut ke ofis. Sampai ofis pukul 10.30. Nasib baik bos tak masuk lagi. Fuh.. lega.

Sekian cerita pasal semalam. Saja je nak cerita pasal experience aku gi klinik dengan si tecik tu. Hehe.

Ok bai. :)



Monday, 2 September 2013

Soal anak..

Bila cakap pasal soal anak/zuriat, aku memang agak sensitif sikit. Sebagai seorang yang pernah bergelar TTCian, aku memang tak suka & menyampah dengan orang yang asyik2 tanya pasal anak. Macam dah takde soalan lain lagi nak tanya. Dah terang2 nampak perut orang tu tak besar or takde ciri2 mengandung lagi mau tanya "Dah ada ke?" "Bila nak ada anak?" "Eh, takde lagi ke?Lama kan dah kawin?"

Ishh..serious aku benci dengan soalan tu. Cuba la faham sikit soal anak adalah paling sensitif bagi orang2 yang dah berkahwin. Kalau macam tak nampak perut orang tu membesar, so tak payah nak sibuk2 tanya ada lagi ke tak.

Lagi satu, setiap pasangan yang dah kahwin mestilah nak anak. Cuma rezeki belum menyebelahi mereka sebab tu la takde anak lagi. Janganlah tanya macam2 soalan seolah2 orang tu sengaja tak nak anak. Kita tak tahu masalah orang. Mana la tau orang tu dah berusaha macam2 tapi masih tak dapat zuriat lagi. Then bila orang tanya soal anak, tak ke tension? So tolong la jaga sikit perasaan orang lain. Yer..memang tak salah kalau sekadar nak bertanya. Lagipun aku tau memang manusia ni mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi pasal hal orang lain tapi in proper way la. Berhati-hati bila bertanya.

Aku ingat dulu masa tu aku baru 6 bulan berkahwin. Balik kampung hubby, ada nenek sedara hubby tanya, "Eh, takde lagi ke?Rasanya dah lama kahwin kan?" . Muka aku dah berubah malu masa tu. Tetiba anak dia menyampuk "Alah..baru lagi. Honeymoon puas2 dulu la kan" Fuhh..nasib baik anak dia memahami perasaan aku. Aku hanya mampu senyum je.

Masa wedding cousin hubby pun aku & hubby terkena lagi dengan soalan tak masuk akal. Ada ke pakcik hubby cakap, "Ha..kita tengok siapa yang dapat anak dulu. A (cousin hubby) atau M (hubby). Korang berlumba la". Hoi..sesuka hati je nak suruh orang berlumba2 dapat anak. Ingat ni race ape?? Tension betul masa tu.

Itu pengalaman aku masa takde anak dulu. Sekarang ni dah ada anak pun orang still nak pertikaikan soal anak. Baru2 ni, ade la sorang makcik ni datang beraya kat rumah mak aku,

"Eh ni anak siapa ni Mak Usu (nama panggilan mak aku)?"
"Anak si R (aku) la"
"Eh..bila lahirnya ni? Tak tahu pun? Senyap2 je eh"
"Lahh..buat apa nak bising2. Senyap2 dah la. Hehe"
"Perempuan ke lelaki ni? (Si tecik tu kan botak so orang tak dapat agak dia boy or girl.hehe)"
"Perempuan..."
"La..perempuan lagi.. (Ketiga2 anak kakak aku semuanya perempuan). Bila la Mak Usu ni nak dapat cucu lelaki pulak"
"Mak Usu tak kisah perempuan atau lelaki asalkan sihat"

Perghhh.. aku yang dengar dalam bilik ni rasa berapi je dengan ayat makcik tu. Boleh la pulak dia mempersoalkan gender cucu2 mak aku. Salah ke kalau semua cucu mak aku perempuan? Dulu masa aku belum beranak sibuk2 tanya kenapa aku takde anak lagi. Sekarang ni dah ada anak sibuk2 nak persoalkan gender anak aku pulak. Ada jugak manusia macam tu ek.

Aku betul2 respek ngan mak aku. Cool je dia jawab soalan makcik tu. Yang paling cool dia cakap macam ni, "Anak perempuan ramai takpe. Senang dah besar nanti. Nak2 time kenduri. Ramai yang menolong". Hehe..Terbaik la mak aku nih..

Aku rasa bila si tecik tu dah masuk setahun, mesti ada orang tanya lagi soal anak. "Bila nak tambah?". Sigh..



Friday, 30 August 2013

Hasya nak mamam..

Lebih kurang 3 minggu lagi si tecik tu nak masuk 6 bulan. Maknanya lagi 3 minggu baru boleh bagi bambam tu mamam. Aduhai..hati dah meronta2 nak bagi dia makan lebih2 lagi bila tengok dia gelojoh jilat kurma kat jari aku dan menangis sebab nak lagi! Ikutkan hati aku & hubby nak je bagi dia puri kurma sebab rasanya dia dah lulus semua ujian kat bawah ni.


Panduan bahawa bayi anda sudah bersedia untuk solid food:
  • Mempunyai berat badan yang 2 kali ganda dari waktu dilahirkan - Berat lahir 3kg. sebelum raya timbang 5.6kg. So rasanya sekarang ni berat dia dah 6kg means 2x ganda dari berat lahir. Pass.
  • Kalau kita makan, dengan khusyuknya baby kita tengok makanan yang sedia terhidang kat atas meja. - Bukan setakat tengok dengan khusyuk tapi siap meleleh2 air liur keluar. Pass.
  • Memasukkan jari di dalam mulut mereka, kekadang lebih dari satu jari - Yang ni memang tiap2 hari buat sampai basah lencun bajunya. Pass.
  • Setiap kali diacah dgn tangan ataupun sudu pasti dia akan membuka mulut (nganga) - Hasya ni advance sikit. Tangan & sudu dah biasa sangat. Bila bagi air kotak, dia akan aim straw dan masuk dalam mulut dan terus jilat. Pass.
  • Kebolehan menggerakkan lidah atas dan bawah. Pass.
  • Mencuba untuk mencapai sudu, pinggan, mangkuk dan sebagainya - Semua benda nak dicapainya dan masuk mulut. Pass.

Ha, nampak tak dia dah lulus semua ujian tu. Tapi kan, bila difikir2 balik keburukan bagi baby makan solid food terlalu awal, terus kami pendamkan je niat tu. 

Kesan apabila memberi solid food terlalu awal kepada baby:
  • Menyebabkan bayi kurang menyusu kerana kekenyangan
  • Sistem penghadaman dan ginjal belum matang; enzim penghadaman belum bersedia
  • Bayi boleh terdedah kepada risiko jangkitan, alahan, dan diarhea.


Ermmm..nak tak nak tunggu je la lagi 20 hari. Huhu..


Tuesday, 27 August 2013

Rambut gugur..

Arghhhh..tensionnya!!!

Rambut aku makin hari makin banyak yang gugur. Atas tilam, bantal, lantai, bilik air, sinki, dapur, karpet, dan rasanya setiap inci rumah tu ada je rambut aku. Kadang2 kat si tecik tu pun ada rambut aku - car seat, baju, bekas toileteries & kat muka dia pun ada jugak. Kesian kan? Hehe..Aku perasan rambut aku mula gugur since si tecik tu masuk 4 bulan. Aku ingatkan faktor syampu sebab kebetulan masa tu aku tukar syampu yang agak mahal sikit. Dalam hati rasa menyesal sangat2 then terus tukar ke syampu yang biasa aku guna tu. Bila dah tukar aku tengok makin teruk rambut aku yang gugur. Maka, berguguran juga la airmata ku ini. Haha. Takde maknanya aku nak nangis sebab rambut gugur cuma agak risau & takut jugak la. Boleh la pulak aku membayangkan rambut aku akan jadi botak macam iklan Yun Nam tu. Oh no!!

Orang yang perasan masalah rambut gugur aku ni of coz la hubby aku. Risau betul dia. Eh, tak sure la pulak dia risau ke atau rimas dengan rambut aku yang bersepah2 kat rumah tu. Hahaha.. tapi aku rasa dia risau kot sebab dia pernah tanya, "Syg tengok lately rambut B banyak gugur la. Kat sinki pun ada. Kenapa ek? Macam org sakit je"  Eh2.. sesuka hati je cakap org ade penyakit. tapi kan sebenarnya aku risau gak kot2 betul aku ade penyakit. Huhu. 

Selepas sebulan lebih mengalami keguguran rambut yang kritikal, aku baru terhegeh2 nak meng'google' "tips elakkan rambut gugur". Tahap rambut gugur aku sekarang sampai tak boleh pegang rambut langsung. Mesti akan gugur, gugur dan gugur lagi. Sehari lebih dari 100 helai kot. Waaaa...!! Ok back to story.. ermm.. banyak jugak tips2 untuk mengurangkan rambut gugur. Yang paling famous - guna lidah buaya & daun bunga raya. Mane la aku nak dapat benda alah tu semua. Waaa...!! lagi. 

Dalam peng'google'lan aku pasal tips elakkan rambut gugur, aku ada jugak terfikir2 kenapa rambut aku gugur ek? Akhirnya baru aku tau kenapa..

1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.


Sumber: http://pama.karangkraf.com/famili/rambut-saya-banyak-gugur-1.26749

Fuhhh.. lega sangat2 lepas tau sebab2 rambut aku gugur. It's normal bagi ibu2 selepas melahirkan anak. Lepas ni takde la aku nak stress2 bagai sebab masalah ni. Nampaknya aku kena tunggu sampai si tecik tu berumur setahun baru la rambut aku back to normal. Ok. Lagi 6 bulan. Pasrah je la.. Huhu..


Tuesday, 20 August 2013

5 months old..


Hari ni Hasya genap 5 bulan.cepat betul masa berlalu tau2 dah 5 bulan si tecik tuh.makin lasak & cerdik dia sekarang ni.ha, ni aku nak citer ragam si tecik tu..

Ahad lepas, masa tu hubby nak mandikan dia. selalunya kalau nak mandi dia kemain lagi suka. after bukak semua baju tinggal diaper je hubby pun dukung la dia nak masuk bilik air. tetiba dia nangis jerit kuat2. aku masa tu kat dapur berlari masuk dlm bilik tgk nape dia nangis jerit2 macam tu. hubby try pujuk2 tapi dia still melalak. last2 aku dukung & pujuk dia tanye nape nangis, baru la slow sikit dia nangis. tapi bila dia pandang hubby terus melalak & jerit macam marah. aku cakap ngan dia tak baik marah daddy.sian daddy..then baru dia ok sket tapi still jerit marah kt hubby lagi. ermm.. nampaknye aku la yang kena mandikan. masa aku nak bukak diaper, tgk2 dia dah yak2..since dia pun dah tak nangis & jerit2 lagi, aku suruh hubby cuci & mandikan dia sebab aku nak masak. then baru la dia senyum2 kat hubby dan boleh pulak gelak2 masa hubby mandikan dia..puas aku fikir nape la dia melalak tadi.lama2 baru aku paham.rupanya masa hubby bukak2 baju nak mandikan dia tu, dia dah yak2 sebenarnya. dia ingatkan hubby nak tukar diaper tapi tgk2 hubby terus bawak dia ke bilik air nak mandi. patut la dia marah sangat. konon2 nak inform hubby yang dia dah yak2 & suruh cuci dulu then baru boleh mandi..hahahahaha..

Hasya & nenek..

eh2..baru perasan..hari ni jugak genap 2 tahun 2 bulan & 22 hari kami berkahwin.cantik kan nombor tu...ngeh3..



Friday, 16 August 2013

Raya 2013..

Selamat hari raya semua..

Haha..dah seminggu lebih baru terhegeh2 nak wish selamat hari raya..takpe la raya kan sebulan kan??ngeee...

Amacam raya korang tahun ni?mesti best kan?tahun ni aku raya serba sederhana jek.baju raya pun takde.pakai tahun lepas punye.tak sempat nak beli.ingatkan nak beli last2 minit.skali tengok semua kedai dah tutup.waaaaaaa...!! nangis tak berlagu la.nasib baik baju si tecik tu dah beli awal2..pheww..

Raya tahun ni ade kelainan sket.1st time raya kat rumah MIL.masa mula2 kawin dulu raya kat kampung hubby di Raub.2nd year pulak kat rumah mak aku.3rd year baru la dapat raya kat rumah MIL.bagi pendapat aku, tak best la raya kat rumah MIL.macam tak raya je.tak meriah.aktiviti 1st raya byk melepak kat rumah je.huhu..agak bosan la jugak.hubby aku cakap mmg tiap2 tahun macam ni.raya or tak sama je..huhu..

Raya ke-2..kitorang konvoi balik kampung hubby kat Raub.macam yg aku mention sebelum ni, ade kenduri kat sana.bertolak dari rumah MIL pukul 1 then sampai kampung dalam pukul 3 camtu.Hasya mengamuk sakan dalam kereta.maybe sebab lambat sangat keluar rumah.mane taknya, siap2 pukul 9 tapi pukul 1 baru keluar.tu yang dia mengamuk tu.biasanya dia siap2 je terus naik kereta & jalan.tapi nak wat macam mana kan.kata konvoi.so kena la tunggu MIL & family SIL siap2 bagai.hubby pun bengang gak sebenarnye coz lambat sangat.dia nak je pergi dulu tapi aku cakap tunggu je la..

Raya ke-3..lepas sarapan & salam bersalaman semua, kitorang bertolak dari Raub ke Seremban - rumah mak aku.actually mak aku takde rumah pun coz balik kampung Johor.konon2 malas la nak follow diorang, so aku balik jela rumah mak aku even mak aku takde.TAPI tah macam mana tetiba hubby nak follow diorang pulak.tukar plan la nampaknya.dari Raub terus ke Muar (rumah pakcik aku) then gi pulak ke Labis (kampung aku)..dan benda yang paling tak logik ialah dari Labis boleh pulak kitorang balik rumah kat Klang..hahaha..padahal plan asal balik rumah mak aku kat Seremban.ada la hal2 yang tak dapat dielakkan so terpaksa balik Klang dulu.kerja gila betul la..Raub - Muar - Labis - Klang dalam masa 1 hari! then petang esoknya balik rumah mak aku pulak..kui2..

Kesimpulannya, aku rasa raya tahun ni agak huru hara sket coz tukar plan last2 minit.hehe..tapi apa2 pun aku sangat happy sebab dapat kenalkan si tecik tu dengan sedara mara both side mummy & daddy..dan inilah raya yang paling adventure bagi aku & hubby coz kena travel ngan si tecik tu.nice experience!!

Klang - Raub - Muar - Labis - Klang - Seremban - Klang..pengalaman yang takkan aku lupa.. :) :) :)


Friday, 2 August 2013

Raya mana tahun ni??

Ok.sebenarnya kalau ikut turn, tahun ni aku & hubby beraya kat rumah MIL coz tahun lepas dah raya rumah mak aku.TAPI..disebabkan kena hantar rombongan meminang pakcik hubby ke Terengganu, so kitorang pun terpaksa tukar plan.raya kat rumah mak aku dulu..wahh.aku dah hepi giler bila dgr hubby cakap macam tu..hehe..

Initial plan:
1 day sebelum raya - balik jap rumah MIL mintak maaf sume then tghhari baru balik rumah mak aku.
1st raya - kat rumah mak aku.
2nd raya - pagi2 bertolak ke Raub (kampung hubby) sebab petang tu ada kenduri doa selamat untuk pakcik hubby yang nak bertunang tu.
3rd raya - bertolak ke Terengganu. stay kat Homestay.
4th raya - pagi gi menghantar rombongan meminang tu la then after settle sume terus balik klang (rumah kitorang)
5th raya - melepak kat rumah sampai start keje raya ke-7

TAPI..di atas sebab2 tertentu, kitorang tak jadi ikut ke Terengganu.so plan terpaksa diubah lagi..

Plan ke-2:
1 day sebelum raya - pagi2 bertolak ke Raub.takut jam.
1st raya - kat Raub.
2nd raya - still kat Raub.tolong mana2 yang patut untuk kenduri.
3rd raya - bertolak ke Terengganu. stay kat Homestay.
4th raya - pagi gi menghantar rombongan meminang tu la then after settle sume terus balik klang (rumah kitorang)
5th raya - melepak kat rumah sampai start keje raya ke-7

Plan yang ke-2 ni hubby yang suggest dan MIL pun memang suruh kitorang balik Raub sebelum raya tolong nenek & atuk apa2 yang patut since kitorang tak gi Terengganu kan..TAPI tiba2 MIL suruh raya dulu dengan dia pulak.then balik Raub sama2.ishh.aku dah pening dah ni.nak tak nak kena la ubah plan lagi..

Plan ke-3:
1 day sebelum raya - tghhari balik rumah MIL.
1st raya - kat rumah MIL.
2nd raya - pagi2 bertolak ke Raub (kampung hubby) sebab petang tu ada kenduri doa selamat untuk pakcik hubby.
3rd raya - balik rumah mak aku.
5th raya - balik Klang

dan sesungguhnya aku tersangat la HEPI dengan plan yang ke-3 ni..hahahha..
sebabnye dapat beraya lama sket kat rumah mak aku.3 hari okayy..yeay!!!

ha, lagi satu minggu ni kena balik rumah mak aku lagi even minggu lepas dah balik sebab nak mintak2 maaf sume.kalau tak, bila lagi nak balik kan??ok.double HEPI..muahahaha..

P/S: harap2 takde la ubah apa2 lagi..amin..hehe..