Sejuknyaaaa..hujan di pagi hari.tapi tak la lebat.gerimis je.adoyai..malasnye gi keje..kepala pening.tak tau la sebab apa.pagi tadi masa tgh gosok gigi tetiba muntah.rasanya almost 2 weeks tak muntah.baby nak membesar lagi kot..
Last weekend aku & hubby stay kat rumah je.no shopping2, no jenjalan..saje nak rest & spend masa together2.chewahh..cuma hari Sabtu je after balik keje kami gi shopping barang2 basah kat Mydin sebab nak masak.selebihnya duduk kat rumah melayan tv.
Oklah..nak share apa yang aku masak last weekend..hari Sabtu malam masak Yee Mee Sizzling.haa..!! yang ni memang aku tak pernah masak tapi saje nak try.kot2 lebih sedap dari yang biasa aku makan tuh.hari Ahad pulak masak Nasi Ayam.yg ni dah 2x masak.1st, masa aku dapat upt positif tuh sampai lupa nak snap gmbar.hehe..simple je masakan aku tapi sedap taw *sedap ke??* so, layan...
Yee Mee Sizzling..
Bahan-bahan:
- isi ayam (2 ketul), cendawan shitake (8 biji), halia (1 inci), bawang putih (4 ulas), sos tiram (3 sudu), kicap pekat (3 sudu), cili kering (2 batang), tepung jagung (2 sudu), garam.
Bahan untuk dicelur:
- sawi, yee mee
Cara-cara:
- Mula2 tumis halia + bawang putih yg ditumbuk sampai garing.then, masukkan ayam.tambahkan air secukupnya dan tunggu sampai ayam masak.bila ayam dah masak masukkan sos tiram + kicap pekat + garam secukup rasa.masukkan cendawan shitake + cili kering.last sekali masukkan tepung jagung..
- bila nak makan, letak yee mee dlm pinggan *guna pinggan je sbb takde hot plate*, tuang kuah yg dimasak tadi.then, letakkan sawi.dah siap.. :)
- kalau nak sedap lagi masukkan telur.*tapi aku malas so tak letak*
Yee Mee Sizzling *skill hiasan takde langsung..hewhew..* |
Cara-cara:
1. Ayam direbus bersama bawang putih dan halia yang ditumbuk + sup bunjut.
2. Nasi :: Dalam periuk nasi, cairkan butter. then, tumis halia + bawang putih. bila dah agak2 garing, masukkan beras + air rebusan ayam tadi + garam secukup rasa. kacau rata dan biarkan sehingga nasi masak.
3. Ayam :: Ayam yg direbus tadi diperap dengan halia + bawang putih + sos tiram + kicap pekat + kicap manis. *kalau ada madu boleh letak sedikit*. after perap dalam 20 minit, goreng mcm biasa.
4. Sup :: Goreng bawang merah + bawang putih sehingga garing. masukkan dalam lebihan rebusan ayam tadi. then, masukkan carrot. perisakan dgn garam + pati ayam + lada hitam. last skali masukkkan daup sup.
5. Sos cili :: Blend bawang putih + cili merah. masukkan dalam periuk dan perisakan dgn garam + gula + cuka. kacau2 sehingga masak.
6. Sayur :: salad + timun.. :)
Nasi ayam simple tapi sedap *hubby yg cakap* |
Sekian terima kasih.. :)
No comments:
Post a Comment