"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Monday, 29 October 2012

Lepak2 @ Gold Coast Morib..

Biasanya bila weekend je, aku & hubby mesti gi mana2.kalau tak balik rumah mak aku, balik rumah MIL.tak pun gi shopping.aktiviti weekend kitorang mmg macam tu je la since kawin lagi.tapi kali ni ada kelainan sikit.kami pergi bercuti kat Gold Coast Morib.actually plan asal nak gi Cameron Highland.tapi hotel semua dah full pulak.lagipun hubby malas nak drive jauh2 & confirm jam teruk sebab cuti Aidiladha..so kitorang decide gi Morib je la.dekat & tak payah menghadap jam..

Aku booking online tiket kat sini Gold Cost Morib..nasib baik ada promotion.so murah sket..aku amik studio suite - 2D/1N balinese style deluxe room + 2 breakfast + 2 water theme park passes..semua skali RM290 termasuk tax.memang berbaloi2..

studio suite
sumber : Gold Coast Morib

kitorang gi sana hari sabtu after aku abis keje.dalam sejam dah sampai.fuh, nasib baik boleh check-in awal.

kitorang dari klang.nampak macam jauh tapi sejam je..:)

Masuk bilik, solat zuhur & lepak2 jap then after asar baru kitorang turun gi theme park.tak lama pun kat theme park sbb aku bukannya boleh main apa2 pun.hubby tak bagi lasak2.nak main kat tempat kanak2 pun hubby tak bagi.huhu.kesudahannya aku just mandi2 je..agak2 dah boring, dalam sejam kot kitorang pun naik bilik.

ni la overall view kat sana..nasib baik kitorang dapat bilik ngadap theme park..takdela bosan..:)
sumber : Gold Coast Morib

Malamnya pulak kitorang gi Bagan Lalang.apa lagi cari makan ler.kat area Gold Cost Morib memang susah nak cari kedai makan.macam takde je..amik masa yg lama gak nak ke Bagan Lalang ni.dalam sejam macam tu..tapi yg peliknya, masa balik amik masa 20 minit jekk..haha..hubby pun tak percaya cepat sangat sampai..maybe masa nk gi tu hubby drive teragak2 kot takut tersesat..maklumlah tak pernah gi..bawak pun slow je..as expected mmg ramai orang kat Bagan Lalang.tapi sbb laparnye pasal, tak kisah la makan kat kedai mana2 pun.sedap or tak sedap belakang citer.tapi nasib baik la SEDAP & MURAH.hehe..kami order tomyam campur, ikan siakap 3 rasa, udang goreng cili api, sotong sweet sour & kailan ikan masin.air pulak - air kelapa & fresh oren.total RM59..not bad..perut dah kenyang ape lagi balik ler.ingatkan nak jln2 kat tepi pantai Bagan Lalang tapi gelap ler pulak..balik je bilik, tgk tv jap then zzzzzzzzzz..tapi aku sorang je yg tido dulu.hubby pukul 2 baru tido.layan muvie..hehe..

hari ahad pulak pukul 8 dah turun breakfast.lapar...sepatutnya venue breakfast kat dalam hotel tapi tgk2 diorang buat kat tepi pantai.mybe sbb ramai kot.syok jugak breakfast kat tepi pantai.sejuk je..after breakfast, jalan2 kat tepi pantai jap then balik bilik, tgk tv & kemas2 then pukul 12 check-out..

on the way balik rumah, singgah Giant Banting jap.beli barang2 dapur..*ceh, shopping gak tuh*..pukul 3 sampai rumah..

so tu je la aktiviti weekend kami.best gak sekali sekala dpt berehat macam ni..next time boleh la pergi lagi..kesimpulannya, Gold Coast Morib mmg sesuai utk lepak2 je sbb tak byk aktiviti yg nak dibuat kat sana.plus, biliknya TERSANGATLAH selesa.siap ada jakuzi lagi.so lepak2 dalam bilik pun dah ok.ngeeeeeee...


1 comment:

  1. nnti nak ajak ler husband ke Gold Coast Morib ni..cam menarik je bilik dia tu..hehe

    ReplyDelete